Wednesday, February 9, 2011

Formula 70/30

Pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan Formula 70/30. Formula ini saya dapat melalui email yang dihantar oleh saudara Razif Yusof, seorang internet marketer yang sangat hebat. Jom kita renungi perkongsian ini.
Apa dia Formula 70/30 Menjana Kekayaan?
Teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada 2 bahagian:
70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta,makan dan shopping! Jika tidak cukup anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda. Anda boleh melakukannya dengan penjimatan yang realistik.
Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan, anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%) sahaja pada bulan tersebut.
Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untuk menjana kekayaan!
-10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan, samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma ke masjid. Ingat, rezeki yang berkat akan membawa kebahagiaan dan digandakan!
-10% kedua (RM200) anda gunakan untuk bisnes. Tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi, anda perlukan modal untuk permulaan. Contohnya: pergi kursus, beli buku, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan.
-10% terakhir (RM200) anda SIMPAN untuk masa depan anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.
Nota: Jika anda MENYIMPAN RM200 setiap bulan dengan
bonus 10% setahun, SIMPANAN anda bakal mencecah:
>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)
Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik diatas untuk masa depan anda.
Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen. Ini kerana mereka tiada lebihan wang untuk disimpan.Ini mungkin juga kerana mereka terlalu boros dan tidak pernah terfikir untuk berjimat demi masa depan.
Oleh itu, saya sarankan jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan, sila ikut Formula 70/30 mulai hari ini. Mulakan PENJIMATAN hari ini juga untuk mulakan SIMPANAN anda.

No comments:

Post a Comment