1. Amalkan taktik minta diskaun atau runding harga (negotiate) apabila beli barang fizikal di mana-mana tempat yang sesuai. Tak salah mencuba, jika dapat diskaun dan harga lebih rendah dari yang asal maka ia merupakan satu bonus keuntungan pada kita. Saya selalu minta diskaun bila beli barang di Rantau Panjang atau di sebelah Danok, Thailand. Bawa balik barang dengan harga rendah dan kemudian boleh jualnya kembali dengan harga yang lebih baik. Apapun teknik minta diskaun atau runding harga ini boleh diamalkan untuk kebaikan kita semua.
2. Menggunakan online coupon dalam membeli secara online di Internet. Bagi mereka yang suka online shopping ni boleh guna pelbagai mcm jenis kupon di Retailmenot.Com , DailyDeals.Com , MyCoupons.Com dan sebagainya. Saya selalu juga guna kupon diskaun online untuk beli domain, hosting & apa jua berkaitan produk digital. Beli dengan harga rendah dan jimat duit untuk disimpan bagi kegunaan lain-lain aspek.
3. Beli barang sewaktu promosi awal atau bersifat seasonal. Ini penting sewaktu kita nak beli produk di musim promosi perayaan. Misalnya sewaktu Mega Sale Malaysia mempunyai banyak barang diberi potongan harga sehingga 70% di tempat terpilih seperti di Sogo, Jusco, Parkson, Carrefour dan sebagainya. Saya pernah beli sofa L shape, meja workstation beserta kabinet 4 laci dengan potongan harga 30% sewaktu awal promosi. Ia cukup bermakna kerana model tersebut amat cantik dan tahan lama. Saya rebut dalam masa yang strategik dengan harga rendah dan selepas itu tiada lagi tawaran seumpamanya lagi. Beruntung kerana ia takkan sama lagi dengan harga yang tinggi selepas itu…
4. Jimat bil elektrik dengan menggunakan monitor lcd crystal/plasma (nipis) berbanding monitor crt (shotgun) yang menggunakan banyak kuasa. Sila ‘unplug’ atau tanggalkan semua plug barangan elektrik (tv, pc, laptop, charger etc) apabila keluar rumah atau semasa barangan elektrik tidak digunakan dan ini boleh menjimatkan 2% atau sehingga RM100.00 setahun.
5. Jimat penggunaan petrol kereta anda dengan memastikan tayar kereta sentiasa mempunyai tekanan angin yang cukup setiap minggu dan ini mampu menjimatkan gas mileage sehingga 2% atau boleh juga kurangkan penggunaan aircond jika perlu. Saya selalu tutup aircond kereta lebih awal apabila hampir sampai ke destinasi dan ini juga mampu mempengaruhi penggunaan petrol yang lebih menjimatkan. Boleh juga mencuba pengangkutan awam (bas + lrt + monorail) sekali sekala untuk elakkan jalan yang sesak, bayaran parking yang mahal serta lain-lain. Bagi yang ada motosikal atau basikal juga digalakkan guna seoptimum mungkin jika ianya praktikal dari segi masa, kos & tenaga.
6. Jimat duit dengan menggunakan barangan second hand atau lelong. Saya rasa ini cukup praktikal memandangkan sudah banyak web berkaitan lelong atau jual barangan second hand dengan harga yang amat murah. Boleh cuba di Mudah.My atau di Lelong.Com.My yang banyak menyediakan list senarai barangan hangat seperti hp, jam, game ps2/3 , wii, xbox, buku serta lain-lain yang amat menarik. Kawan saya telah berjaya membeli handphone Nokia model baru dengan harga yang rendah dan ini jauh lebih menjimatkan daripada membelinya di kedai biasa. Walau bagaimanapun berhati-hati semasa membuat pembelian online pastikan reputasi penjual diketahui sebagai langkah berjaga-jaga.
7. Berhenti dari ‘menjhanamkan’ badan kita dengan makan di luar maupun di restoran fastfood McD, Kfc, Pizza Hut dan sebagainya.. Belajarlah masak sendiri dan makan di rumah dengan bahan makanan yang lebih organik dan asli. Ini satu pendekatan yang positif dalam kehidupan untuk jangka masa panjang. Saya rasa makanan di luar sana penuh dengan bahan kimia, perasa, perisa, warna yang boleh menyebabkan kencing manis, kerosakan buah pinggang malah lebih teruk kanser atau barah. Cuba tengok makanan di mana-mana restoran fastfood sudah tentu punya kandungan gula yang tinggi, garam yang berlebihan serta perasa ajinomoto maupun bahan-bahan kimia yang boleh men*******kan kesihatan badan kita. Sebab itulah cuba berhenti atau minimumkan pergantungan pada makanan fastfood serta banyak makan makanan sendiri di rumah. Bawa bekal sendiri jika boleh, mula hargai kesihatan serta kawal kalori yang berlebihan, bila kita di’asuh’ kurang makan berlebihan saya pasti badan lebih sihat dan cergas. Dan ini satu bonus untuk kita mempunyai badan yang cergas serta otak yang berfungsi pada tahap optimum.
8. Sentiasa monitor perbelanjaan bil utiliti seperti telefon, letrik, air, astro, internet dan lain-lain yang berkaitan. Adakalanya Astro x perlu sangat (kenkadang movie di hbo, starworld, cinemax sentiasa berulang dan membosankan) malah dengan Internet saja kita boleh lihat tv atau radio online di seluruh dunia. Malah jika saudara merupakan seorang kaki internet sudah tentu akan menemui lubuk-lubuk download movie & music percuma yang berlambak di Internet. Saya cadangkan alternatif untuk buat keputusan berani untuk tutup Astro dan jimat duit anda dengan menggunakan Internet Broadband secara optimum di tempat anda. Ini sekadar pandangan peribadi saya yang memang berdepan Internet lebih banyak daripada tv. Hiburan di Internet pun sudah mampu menggantikan tv tidak lama lagi. Saya melihat Internet kini mampu menjadi hiburan One-Stop-Center yang amat murah. Manakala penggunaan air, letrik dan telefon boleh dijimatkan dengan pelbagai cara yang lebih praktikal. Elak pembaziran yang melulu, sentiasa hargai nikmat dengan sepenuhnya. Apabila kita tahu bil perbelanjaan bulanan kita sudah tentu akan menemui banyak ruang yang boleh dijimatkan.
9. Berhenti merokok, isap sishar, hidu gam atau berhibur tgk wayang atau lain-lain bentuk ‘keseronokan’ yang mana ia tidak mendatangkan faedah untuk jangka masa panjang. Jika dapat berhenti rokok mmg akan beri kelebihan untuk simpan duit lebih banyak setiap bulan serta badan lebih sihat dan bebas penyakit kronik spt kanser, darah tinggi dan sebagainya. Manakala tgk wayang ni saya rasa boleh kurangkan terus kerana ia lebih banyak membazir sedangkan kita boleh download movie di Internet. Zaman skrg kita perlu cari alternatif yang murah dan praktikal serta jadikan rumah atau workstation anda one-stop-center hiburan movie/music dgn lcd/tv plasma dan set karaoke etc (beli semasa promosi mega sale).. dengan itu kita tak perlu buang duit setiap bulan tgk video baru di cinema maupun berkaraoke di redbox etc setiap tahun.. Ini just cadangan saja, saya rasa dengan teknologi skrg kita boleh ada home entertainment yang setanding dgn wayang dan pusat karaoke di luar sana. Jika mahu bersiar-siar di luar maka rancanglah perlancongan domestik di dalam negara yang penuh dengan kecantikan alam semulajadi dan itulah sebaik-baiknya.
10. Guna kad kredit dengan bijaksana dan kumpul point untuk redeem barangan yang berharga. Walaupun kad kredit tidak bagus kerana ia antara penyebab ‘overspending’ dalam pengurusan kewangan, namun kita perlu berdisiplin untuk memastikannya ia berjaya menjadi alat kewangan yang baik. Saya tidak galakkan korang mempunyai banyak kad kredit sangat sbb ia ada yearly fee sebanyak RM50 utk kad utama dan RM25 utk kad supplementary. Oleh itu saya cadangkan korang ada 1 atau 2 jenis kad kredit sahaja sama ada Visa atau Mastercard. Jika ada lebih dari dua maka boleh cancelkan kad tersebut dan focus kepada kad yang lebih baik.
Pastikan bayar full dan JANGAN bayar minimum sahaja setiap bulan. Ini satu kesilapan besar bagi pengguna kad kredit. Saya sentiasa disiplinkan diri untuk bayar full sebelum penyata keluar dan kita tidak akan dikenakan apa-apa caj interest. Ini satu kelebihan kad kredit di samping dapat redeem point dengan barangan berharga yang ditawarkan oleh pihak pengeluar kad kredit.
Berjimat cermat amaln mulia...hikhik
ReplyDelete