Rabu, Februari 09, 2011
Padah hutang MARA
MOHD ASRAF menunjukkan surat daripada MARA yang menolak permohonan pinjaman pelajarannya.
KOTA BHARU: Nasib seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) terumbang-ambing apabila tidak dapat meneruskan pengajian pada semester dua yang sepatutnya bermula 14 Januari lalu, apabila keputusan peperiksaannya digantung kerana bapanya pernah berhutang dengan MARA.
Mohd Asraf Samsudin, 22, tidak dibenar meneruskan pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Pembangunan walaupun memperoleh Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.45.
“Saya memulakan pengajian di kampus Kulim, Kedah dan UNIKL memberi jaminan mendapat kemudahan pinjaman MARA sebelum permohonan itu diluluskan. “Sementara menunggu pinjaman MARA kira-kira RM40,000, saya mengikuti kelas di UNIKL seperti biasa bersama ratusan pelajar lain. Bagaimanapun, pada akhir semester pertama itu, saya menerima surat daripada UNIKL berhubung keputusan peperiksaan saya digantung.
“Saya dan pelajar lain yang turut menerima nasib sama, kini tidak tahu mahu mengadu kepada siapa walaupun sebelum ini sudah membuat rayuan kepada Biro Pengaduan Awam SUHAKAM, Kementerian Pengajian Tinggi bahagian swasta selain MARA,” katanya kepada Berita Harian di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, bapa Mohd Asraf, Samsudin Abdul Rahman berkata, MARA menemui anaknya Khamis ini bagi membincangkan masalah berkenaan.
Di KUALA LUMPUR: Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat MARA, Hasni Suleiman, berdasarkan semakan, bapa Mohd Asraf disenaraihitamkan selaku peminjam pelajaran dan pembiayaan perniagaan.
No comments:
Post a Comment