Thursday, February 10, 2011

13 FORMULA KEWANGAN SIHAT

13 FORMULA KEWANGAN SIHAT
FORMULA 1
UTAMAKAN PERBELANJAAN PENTING
Perbelanjaan pentingmerujuk pada keperluan barang asas yang perludibeli dalam tempoh tertentu dan ia berbaza mengikut induvidu atau keluarga.Ada orang menganggap telefon bimbit canggih adalah keperluan utama tetapi ada yang hanya memerlukan telefon bimbit biasa untuk memenuhi keperluannya.Jadi anda harus kenalpasti keperluan diri sendiri.
FORMULA 2
DISIPLIN DIRI YANG TINGGI
Anda harus melakukan apa yang anda azamkan dan tinggalkan apa yang anda ingin tinggalkan.Terutamanya sebagai ketua keluarga,disiplin tinggi sudah pasti dapat membantu dalam menguruskan kewangan keluarga.Umpamanya anda seorang perokok,jika anda berazam hendak meninggalkan rokok,cepat-cepatlah ucapkan selamat tinggal dan jangan toleh lagi!
FORMULA 3
TANGGUNGJAWAB
Bayangkan jika anda tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap keluarga atau diri sendiri.Apakah yang akan berlaku?Begitu juga dalam urusan duit,jika anda tidak punya rasa tanggungjawab terhadap duit itu,nescaya anda yang ‘pokai’ sendiri nanti.
FORMULA 4
ILMU
Sekurang-kurangnya dalami ilmu dalam pengurusan kewangan,tahu matlamat kewangan anda,dan cuba atasi kekurangan.
FORMULA 5
REKODKAN PERBELANJAAN
Mungkin nampak remeh.Mungkin anda berkata,apa yang hendak direkodkan kalau sekarang pun hidup kais pagi makanpagi,kais petang makan petang.Tetapi percayalah jika anda amalkan budaya merekodkan perbelanjaan,anda akan insaf mengenai dua perkara:
i.    Bertapa selama ini anda membeli sesuatu mengikut hawa nafsu semata-mata.Anda sedar rupa-rupanya ada barang yang tidak perlu,yang telah anda beli!
ii.     Hasilnya anda akan rasa diri ibarat ‘tuan’ dan bukan ‘hamba wang’ selepas melihat kemana wang anda mengalir.
FORMULA 6
SEMAI MINAT MENABUNG DALAMKELUARGA
Mulakan dengan anak yang masih kecil.Beli tabung dan ajar mereka masukkan wang syiling dalam tabung.Jangan pula ajar mereka cara mengorek tabung atau memecahkan tabung.Jika sejakkecil di ajar,insya-Allah mereka akan terbiasa dan terdidik begitu.
FORMULA 7
JANGAN KEDEKUT MEMBERI
Kedengaran seperti tidak masuk akal.Jika diri sendiri pun tidak ‘lepas,bagaimana hendak memberi?Tetapi sebenarnya,budaya memberi ini memang sesuatu yang ajaib.Disebabkan itu,islam menggalakkan amalan sedekah.Berikan sedekah dengan hati ikhlas pada orang yang memerlukan,insya-Allah rezeki kita murah dan akan kita temui jalan keluar sekalipun kita dalam kesesakkan.Tabiat memberi ini juga suatu bentuk kesyukuran kepada Allah kerana memberi kita rezeki dan kita bermurah hati untuk berkongsi rezeki itu dengan orang lain.Sebenarnya dalam setiap rezeki yang kita peroleh,sememangnya ada hak orang lain.
FORMULA 8
BAYAR DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU
Ajar diri sendiri menabung terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain.Secara idealnya,bayar diri sendiri 10 peratus daripada pendapatan anda.Kalau tidak boleh sepuluh peratus,kurang daripada itu pun tidak mengapa.Yang penting ada.Tindakan menabung sebenarnya secara luar sedar akan mengajar minda anda mengenai rasa selamat dan semangat untuk mengubah kedudukan kehidupan.
FORMULA 9
JANGAN BELANJA MEWAH JIKA TIDAK MAMPU
Jika anda masih tidak sedar diri,maka ada dua kemungkinan saja untuk anda buat bagi mencapai matlamat.Pertama,mencuri;yang pasti akan meletakkan anda sebagai penjenayah.Atau meminjam-satu budaya yang tidak kurang mudarat sebetulnya!
FORMULA 10
BERHENTI BERHUTANG JIKA INGIN MENGAWAL KEWANGAN MELAMPAU
Tanamkan azam dalam kepala,pantakkan betul-betul dalam hati-anda ingin berhenti berhutang sama ada daripada saudara mara,kawan-kawan atau ‘sahabat baik’ anda,si kad kredit.Pisahkan diri daripada duit plastik itu beberapa ketika.Mungkin anda merana tetapi lebih baik merana sekarang daripada merana kemudian hari.
FORMULA 11
KURANGKAN PERBELANJAAN
Ada pendapat berkata,untuk kurangkan perbelanjaan,maka mulakan dari perut.Dengan kata lain,kurangkan makanan mewah(yang belum tentu berkhasiat) tetapi pilih makanan yang menyihatkan.Makanan sihat tidak semestinya mahal.Hari ini,bilangan obesiti dari kalangan lelaki dan wanita semakin meningkat dan ini ada kena mengena dengan budaya pemakanan dan perbelanjaan dalam kehidupan.
FORMULA 12
NILAI SEMULA ASET YANG TIDAK MENGUNTUNGKAN
Kita ibarat menanggung ‘biawak hidup’ jika terus hidup menanggung sesuatu yang tidak kita perlukan.Jadi sebelum kewangan kita jadi bertambah sakit,buat pertimbangan wajar mana-mana aset yang tidak kita perlukan.
FORMULA 13
BERDOA
Selaku orang islam,amalan ini jangan sekali-kali ditinggalkan.Ini selaras dengan firman Allah dalam surah al-Mu’minun:60,”Berdoalah,nescaya akan Aku kabulkan.”Berdoalah minta diri dijauhi daripada kepapaan yang boleh menyusahkan orang lain atau membawa pada kesyirikan.Berdoalah agar dengan sedikit harta yang kita miliki,dapat kita gunakan untuk kebaikkan umat islam yang lain.

No comments:

Post a Comment