Wednesday, February 23, 2011

Personal loan/ hutang peribadi

 

Ramai di antara kita ; terutama di Malaysia mengalami masalah kewangan di tahap yang kritikal sehingga terpengaruh dengan iklan-iklan personal loan:-

Fakta disebalik iklan personal loan

Saya ingin berkongsi ilmu mengenai personal loan yang banyak diiklankan oleh bank-bank sekarang ini. SEJAUH MANA KEBENARAN MENGENAI INTEREST YANG DIIKLANKAN??Sebenarnya personal loan dikira secara ” straight calculation” . Begitu juga loan kereta yang mengenakan fixed-interest calculation iaitu jumlah interestnya tetap sama walau baki anda telah berkurangan) Hanya loan rumah menggunakan kaedah baki berkurangan (reducing balance) dimana interest yang dikenakan semakin berkurangan bila baki berkurangan.Contoh : 9.88% fixed rate on your personal loan.. Jangan tertipu mengenai kerendahan interest tersebut. Nampak seperti rendah.. sebenarnya interest yang dikenakan, atau yg kenali sebagai EFFECTIVE ANNUAL RATE a ialah 16.74%.Contoh : Loan RM10,000, Monthly payment for 2 years = RM 516.67Teka berapa interest…. 24%..tinggi lagi dari interest credit card (18% iaitu 1.5% sebulan). Berdasarkan pengiraan dibawah:-Loan: RM 10,000Monthly payment: RM 516.67 x 24Total payment: RM 12,400.08Effective Interest Rate = (12 400.08/10 000) x 100% = 124% or 24% interest.Pinjaman untuk 5 tahun pada 7.05%Interest sebenar pada kadar APR = 12.6%Pinjaman untuk 7 tahun pada 7.55%Interest sebenar pada kadar APR = 13%
 
Jadi jangan terpedaya dengan interest rendah yang diiklankan. Biasanya akan ada terms & conditions. Selalulah berhati-hati!Bolehkah kita hidup tanpa berhutang?Kebanyakan orang tidak boleh mengelak daripada berhutang. Kita perlu melihat samada perbelanjaan seharian dan bulanan kita itu adalah untuk keperluan atau untuk kemewahan. Kalau ianya untuk kemewahan, maka harus kita tangguhkan perbelanjaannya jika kita tidak mampu pada waktu itu.
 
Walaupun pada waktu sekarang ini banyak kemudahan kredit yang ada - seperti kad kredit, bayar ansuran dan personal loan - memudahkan orang untuk meminjam wang, dan membenarkan mereka untuk membeli barangan-barangan untuk kemewahan.Jadi, kita harus melihat kemampuan kita. Jangan terlalu memikirkan untuk meminjam wang, hanya kerana ia mudah untuk meminjam wang! Kadang-kala, adalah jauh lebih baik untuk membeli barangan secara tunai.
 
Kita mesti fikir : Mampukah kita untuk membayar-balik wang pinjaman itu tanpa gagal pada setiap bulan, sementara pada masa yang sama, kita tidak mengurangkan perbelanjaan seharian yang perlu, seperti makanan seharian, perbelanjaan persekolahan anak-anak, rumah dan sebagainya.Sebaiknya ialah hutang itu tidak melebihi 30% daripada gaji bulanan. Ia tidak akan memberatkan kita untuk membayar-balik hutang itu setiap bulan.”

Beban kad kredit

 

CARA hidup moden mementingkan keberkesanan dan nilai kepuasan setiap barang dan perkhidmatan digunakan. Kad kredit di antara perkhidmatan memberi kemudahan dan kepuasan kepada pemiliknya. Justeru, banyak orang yang berminat memiliki kad kredit untuk kemudahan dalam urusan berkaitan kewangan.Menurut sumber Bank Negara Malaysia (BNM), sebanyak 8.8 juta kad kredit dikeluarkan oleh institusi kewangan di seluruh negara dengan purata setiap pemilik mempunyai 3.17 kad kredit.Kira-kira 60 peratus daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka mengikut masa ditetapkan.
 
Selebihnya, 40 peratus pemilik kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah RM18.6 bilion (statistik Oktober 2006).Pemilik kad kredit yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh ditetapkan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan diistihyarkan muflis. Kira-kira 30 peratus kes muflis membabitkan pemegang kad kredit. Kebanyakan pemilik kad kredit yang muflis ialah eksekutif muda berusia bawah 30 tahun.Dengan kata lain, di sebalik kemegahan memiliki kad kredit, pemiliknya perlu bijak menggunakannya untuk mengelak diri terjebak masalah hutang tidak mampu dijelaskan. Fenomena penggunaan kad kredit yang melanda sekarang mencetuskan budaya hutang tanpa kawalan.Justeru, setiap orang yang ingin memiliki kad kredit perlu memikirkan kesan penggunaannya.
 
Fikirkan apakah benar-benar memerlukan kad kredit? Jika memiliki kad kredit, mampukah mengawal tabiat berbelanja?Kad kredit dalam bahasa mudah dipanggil kad hutang. Pemiliknya boleh membuat pembelian dan pembayaran tanpa menggunakan wang atau berhutang. Ia memberi peluang pemilik kad kredit berbelanja lebih walaupun tunai dimiliki sedikit pada ketika itu.Golongan kaya menggunakan kad kredit bukan bertujuan mengambil hutang. Kad kredit digunakan untuk kemudahan pembayaran sesuai dengan konsep awal kewujudannya diasaskan oleh Frank MacNamara pada 1950. Pada ketika itu hanya golongan jutawan dan ternama mampu miliki.Sebaliknya pemilik kad kredit dari golongan berpendapatan menengah menggunakan kad kredit sebagai sumber hutang mudah atau dipanggil ceti moden. Pengguna hanya perlu membuat permohonan atau hakikat sebenarnya adalah ditawarkan, dan boleh berbelanja sesuka hati selagi tidak melepasi had ditetapkan.Sememangnya Islam tidak menghalang umatnya berhutang. Malah, hutang diharuskan untuk membiayai perkara penting ketika kesempitan wang. Islam mengharuskan hutang kerana dapat membantu golongan miskin menyelesaikan masalah yang dihadapi berkaitan wang.Pemilik kad kredit sebenarnya bukan golongan miskin yang perlu berhutang. Kad kredit dikeluarkan kepada mereka berpendapatan agak tinggi sebagai jaminan pemiliknya dapat membayar balik perbelanjaan dibuat melalui kad kredit.Oleh itu, ada pemilik kad kredit rasa bangga memiliki kad kredit yang meletakkan dirinya golongan kaya. Sikap ini bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Mereka sepatutnya malu terpaksa berhutang menggunakan kad kredit.Antara sikap buruk pemegang kad kredit ialah mengambil mudah soal hutang.
 
 Banyak pemilik kad kredit berbelanja lebih daripada kemampuan membayar balik. Sikap demikian memperlihatkan keangkuhan dan berlebih-lebihan dengan kemudahan diberikan.Disebabkan ingin menunjuk-nunjuk, banyak pemilik kad kredit berbelanja sehingga had maksimum dibenarkan tanpa memikirkan keupayaan membayar. Belanja dahulu, soal membayarnya difikirkan kemudian.Jadi, segala keinginan berbelanja dipenuhi dengan menggunakan kad kredit. Institusi kewangan pengeluar kad kredit pula sentiasa menggalakkan penggunaan kad kredit dengan memberi pelbagai ganjaran atau peraduan menyediakan hadiah lumayan.Sebenarnya banyak pemilik kad kredit berbelanja kepada perkara yang tidak penting atau sesuatu yang boleh ditangguhkan perbelanjaannya. Keghairahan berhutang dijadikan satu kemegahan. Inilah sikap buruk pemilik kad kredit yang menjerat diri sendiri terjerumus ke dalam kancah kehidupan mencemari nilai moral.
 
Sikap angkuh dan berlebih-lebihan amat bertentangan dengan ajaran agama kerana mendatangkan banyak keburukan kepada diri sendiri. Sesiapa di dalam dirinya lahir sikap angkuh dikatakan termasuk golongan munafik.Sebenarnya penggunaan kad kredit bukan disediakan secara percuma. Setiap urus niaga dikenakan caj perkhidmatan mengikut syarat. Hanya sebahagian syarikat menerima pembayaran melalui kad kredit tanpa dikenakan caj. Dengan kata lain, berbelanja secara tunai sebenarnya lebih menguntungkan.Jumlah yang gagal dijelaskan dalam tempoh ditetapkan kepada institusi kewangan pengeluar kad kredit akan dikenakan faedah. Kadar faedah dikenakan agak tinggi mengikut kadar harian. Sebab itu banyak pemilik kad kredit sukar menjelaskan hutang kad kredit yang semakin bertambah dari bulan ke bulan.Ketika itu, banyak pemegang kad kredit menghadapi tekanan dan semakin sukar untuk menjelaskan hutang. Biarpun tidak lagi mengambil hutang baru jumlahnya semakin bertambah setiap bulan disebabkan faedah dikenakan.Sekarang ada kaedah ‘gali lubang timbus lubang’ dalam menyelesaikan masalah hutang kad kredit.
 
Syarikat kewangan menawarkan kad kredit baru atau tawaran memindahkan jumlah hutang daripada kad kredit syarikat lain. Proses pemindahan itu ditawarkan berserta kadar faedah lebih rendah dan hadiah tertentu.Tindakan itu bukan menyelesaikan masalah. Untungnya sementara saja. Sekiranya sikap tidak diperbetulkan, masalah akan terus menekan diri. Pemilik kad kredit berdepan dengan suasana hidup semakin celaru dan krisis moral memerangkap diri.Sekiranya hutang tidak dapat dijelaskan seperti ditetapkan, pemegang kad kredit akan diseret ke mahkamah. Jika tidak mampu dijelaskan, maka pemegang kad kredit akan diserahkan kepada Jabatan Pemegang Harta yang akan menguruskan soal kebankrapan.Sesiapa yang dikenakan status muflis dipandang hina dalam masyarakat dan hilang kelayakan dalam hal-hal tertentu.Namun tindakan tegas itu tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada kebanyakan individu yang masih galak menggunakan kad kredit tanpa memikirkan keupayaan membayar.
 
Tertekan dengan kegagalan melunaskan hutang kad kredit mendedahkan seseorang melakukan perbuatan menyalahi agama dan undang-undang. Ia termasuk menerima rasuah, menipu, pecah amanah dan melakukan urus niaga haram.Setiap hutang perlu diniatkan untuk membayarnya. Cara memastikan keupayaan membayar hutang ialah mengambil hutang mengikut keperluan saja dan diniatkan untuk membayarnya.

TIPS penggunaan Credit Card

1) Anggap credit card tu macam duit yg di pinjam dari AH LONG. Lagi byk diguna, lagi byk hutang dgn Ah Long, dan lagi byk risiko akan kena kejar dgn Ah Long

2) Walaupon ada credit card, JGN BOROS. Ramai yg boros SEBENARNYA takde duit, tapi BERLAGAK ada byk duit dgn menggunakan credit card. DISIPLIN, kenalah pandai CONTROL DIRI SENDIRI.

3) Kalau urgent sgt nak guna duit nak beli peti ais ke, TV ke, tapi takde duit, maka gunalah credit card tu. Dan kalau anda terpaksa berhutang dgn credit card, try la buat INSTALLMENT dgn kedai selama 12 bulan INTEREST FREE (0% interest). Sekarang ni byk kedai yg offer.

4) Kalau kedai tu tak offer installment, cuba2lah tanya CREDIT CARD CUSTOMER SERVICE anda kalau dia ada offer INSTALMENT / EASY PAYMENT / ETC selama 6 bulan,12bulan,24 bulan atau 36 bulan. Check berapa HANDLING FEE :- 3% (12bulan),4% (24 bulan) atau 5.5% (36 bulan).

5) Katakanlah kalau anda ada byk baki tertinggal dlm credit card tu, maka, trylah usha2 credit card lain yg OFFER BALANCE TRANSFER yg interest RENDAH malah 0% interest pon ada. Ada byk, tinggal nak carik aja… Carik smpai jumpe, then apply credit card tu, then terus buat balance trnsfer. Tapi dgn SYARAT, JGN APPLY CREDIT CARD LAIN PASTU DITAMBAH HUTANG LAGI.

6) Cubalah BAYAR IN FULL the STATEMENT BALANCE setiap bulan utk avoid interest, sebab setiap credit card offer about 20 days interest free period.7) Kalau apply CreditCard, apply la yg takde ANNUAL FEE. Ataupon yg ada first year NO ANNUAL FEE ke, etc. Masuk tahun kedua, langsaikan hutang, dan tutuplah credit card tu, …Atau, masuk tahun kedua, call and minta WAIVE annual fee.

D.U.I.T = Doa, Usaha, Istiqamah, TawakkalThursday, November 16th, 2006Banyak cara nak control our budget ni… Yang paling penting ialah DISIPLIN and GOAL… Apa cara sekali pun samada pakai sampul, budget dsbnya tak bermakna apa2 kalau kita just hangat2 tah* ayam jek… Ada orang cakap jgn pakai credit card, but to me u must understand what is the purpose and function of credit card… kalau kita fikirkan betul2, we can make extra money by using credit card… contohnyer, kita bayar bill pakai credit card kita dapat 3 kelebihan -1. credit 21 days - u can roll this money for 21 days… investment is about time and money.. u have it both here..2. points - we gets point when we use our cards and can xchange with merchandise.. for free. If u use your cards a lot, u can just call your bank and ask for annual fee waiver… i dont pay a single cent for my annual fee..3. rating - pay your card on time… your rating with the bank will increase coz they have your records… so kalu kita nak buat loan, etc.. a bit ease..Apa yang cuba saya sampaikan ialah apap pun cara yang kita buat, DISIPLIN paling penting… Set youl GOAL and go all out to achieve it… U shouls have a short, medium and long term planning. U should chart your own future but as they say.. kita merancang, Allah tentukan… but KITA mesti merancang… I follow DUIT styles… Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal… all 4 are there and just nicely in sequences… DUIT..

Monday, February 14, 2011

Program Pengurusan Wang Ringgit Anda (POWER!)

 
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan pengetahuan tentang kewangan dan cara pengurusan kewangan yang baik dalam kalangan masyarakat umum, Bank Negara Malaysia hari ini melancarkan Program Pengurusan Wang Ringgit Anda (POWER!). Program POWER!  yang direka khusus ini disasarkan terutamanya untuk golongan muda dan mereka yang baru membuat pinjaman kewangan. Matlamat Program POWER! adalah untuk membolehkan golongan tersebut menguruskan kewangan mereka dengan lebih berkesan. Ini seterusnya akan menyumbang kepada usaha untuk memberikan perlindungan yang lebih baik kepada para pelanggan kewangan dan membentuk sektor isi rumah yang lebih berdaya tahan.  

Krisis kewangan global yang berlaku baru-baru ini menunjukkan bahawa tabiat meminjam yang tidak berhemat boleh menyebabkan kesukaran hidup yang ketara  kepada peminjam dan keluarganya. Keadaan ini seterusnya boleh menimbulkan kesan yang buruk kepada sistem kewangan dan ekonomi secara keseluruhan. Sehubungan dengan ini, Program POWER! dirumuskan untuk memberikan  pengetahuan dan kemahiran kewangan yang praktikal serta kaedah membuat keputusan untuk membantu orang ramai membuat keputusan kewangan yang lebih wajar. Program ini antara lain menyediakan banyak maklumat berguna, selain tip dan kit peralatan kewangan untuk menggalakkan pengurusan dan amalan kewangan yang berhemat. Program ini akan menjelaskan kaedah membuat keputusan kewangan yang praktikal dan kesannya dalam situasi hidup sebenar, dengan menumpukan pada produk kewangan yang selalu digunakan oleh orang ramai, yang antara lain termasuk kad kredit, sewa beli dan pinjaman perumahan. Program ini akan menyentuh mengenai aspek-aspek utama yang sepatutnya diberikan pertimbangan, tetapi sering diabaikan, sebelum memutuskan untuk membuat pinjaman.     

Program POWER! selama separuh hari ini akan dikendalikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) secara percuma dan dijalankan dalam dwibahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris. Buku panduan yang mengandungi  maklumat terperinci dan penjelasan lanjut mengenai pelbagai topik dalam Program POWER! akan dikeluarkan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Versi Mandarin dan Tamil pula akan dikeluarkan pada bulan April. Buku panduan ini boleh dibeli pada harga RM5 sahaja dan juga boleh didapati di laman sesawang AKPK. Selain itu, kerja-kerja untuk membangunkan alat dan kemudahan bagi melengkapkan Program POWER! secara dalam talian dan interaktif, sedang dijalankan. 

Program POWER! akan diadakan di seluruh negara, bermula di Kuala Lumpur pada 9 Februari 2011, dan akan diadakan pada setiap hari Rabu dan Sabtu. Manakala bagi negeri-negeri lain, program ini akan bermula pada 16 Februari 2011, pada setiap hari Rabu. Program ini juga akan diperluas secara berperingkat-peringkat ke bandar-bandar kecil di seluruh negara sekiranya terdapat permintaan. 

Sesi pertama bagi Program POWER! di bandar-bandar utama adalah seperti yang berikut:

Pengurusan Wang Ringgit Anda (POWER!)
TempatTarikh Mula
Kuala Lumpur9 February 2011
Penang16 February 2011
Malacca23 February 2011
Johor Bahru2 March 2011
Kota Kinabalu9 March 2011
Kuching16 March 2011
Kuala Terengganu30 March 2011

Orang ramai digalakkan untuk mengambil bahagian dalam program ini. Selain itu, majikan yang ingin menganjurkan program ini untuk kakitangan mereka juga boleh menghubungi AKPK. Mereka yang berminat boleh menghubungi AKPK di talian 1-800-88-2575 atau melawat laman sesawang AKPK di www.akpk.org.myatau laman media sosial, www.speaksens.com.my, untuk keterangan lanjut. 

Risiko Urus Niaga Sambung Bayar Perjanjian Sewa Beli

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan dibebankan lagi dengan harga barang keperluan yang semakin melambung, sudah pastinya memeritkan orang ramai tambahan pula dengan bayaran ansuran kenderaan yang perlu dijelaskan setiap bulan mengikut perjanjian sewa beli yang termetrai dengan pihak institusi perbankan.

Tidak dinafikan, para pengguna kenderaan di negara ini mengalami beban yang tinggi dalam pengurusan kewangan mereka lebih-lebih lagi penduduk bandar yang mana memerlukan wang ringgit. Tatkala sibuk menguruskan keperluan harian ada di antara mereka yang terlupa atau menghadapi kesukaran melunaskan bayaran ansuran kenderaan mereka.

Lebih menyedihkan jika ansuran kenderaan mereka tertunggak. Maka ramai diantara pengguna memilih jalan mudan seperti menyerahkan kenderaan kepada pihak ketiga untuk tujuan sambung bayar.Sebenarnya tindakan ini sangat berisiko ibarat menjerat diri sendiri. Tahukah anda bahawa walaupun ada pihak ketiga yang akan menyambung bayar hutang, anda masih bertanggungjawab penuh daripada segala sudut terhadap kenderaan itu seperti perjanjian sewa beli yang asal, sama pihak berkuasa, jenayah serta kemalangan. Untuk perkara ini, anda boleh diheret ke makamah walaupun dasarnya anda adalah mangsa keadaan.

Jika pihak ketiga gagal melangsaikan hutang anda ataupun kenderaan anda dibawa lari kerana gagal membuat pembayaran, pihak bank akan meletakkan tanggungjawab ke atas anda atas segala permasalahan yang timbul. Lebih teruk, ada yang perkara yang boleh menggagalkan tuntutan insuran kerana segala tindakan ini adalah bercanggah dengan akta sewa beli dan perjanjian.Lebih memburukkan keadaan jika kenderaan anda terlibat dalam kemalangan maut ataupun kes langgar lari dimana sudah pasti anda yang akan diheret kemuka pengadilan kerana anda adalah tuan punya yang sah berdaftar pada kenderaan itu.

Jika kenderaan itu ditarik atau dituntut oleh pihak bank daripada penggunaan pihak ketiga disebabkan kegagalannya melangsaikan hutang, kenderaan ini akan dilelong. Baki daripasa hasil lelongan itu masih lagi ditanggung oleh tuan punya asal kenderaan dan pihak ketiga tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana pihak ketiga tiada apa-apa kaitan tiada apa-apa kaitan yang boleh disabitkan atas kesalahan perjanjian sewa beli yang asal. Maka, tiada apa-apa tuntutan yang boleh dibuat walaupun kenderaan ditarik atas kecuaian pengabaian bayaran oleh pihak ketiga.
Langkah terbaik jika mengahadapi masalah kewangan dalam pembayaran sewa beli kenderaan adalah seperti berbincang semula dengan pihak bank. Untuk pengetahuan, sekarang banyak institusi perbankan menyediakan pakej pembayaran dalam penjadualan semula untuk membantu pengguna. Jika benar-benar tidak boleh meneruskan pembayaran, adalah lebih baik menyerahkan kenderaan kepada pihak perbankan sebelum tamatnya tempoh surat notis jadual ke empat. Sekurang-kurangnya pengguna tidak perlu menanggung kos penarikkan semula serta lain-lain kos yang pasti membebankan.

Pengguna mempunyai pilihan untuk membayar secara ansuran baki daripada hasil lelongan kenderaan ini dalam memilih tindakan yang lebih selamat dan tidak berisiko seperti ini. Jadilah pengguna yang bijak dalam membuat keputusan.

Sumber: Majalah Auto Touch, Mei 2010

Sunday, February 13, 2011

Insuran Hayat (Life Insuran) - Perlukah anda membelinya?

 

Salam Sejahtera...

Lama juga saya tidak berkongsi maklumat dalam blog BijakUrusWang ini untuk kepentingan bersama...

Kali ini saya akan menyambung maklumat tentang insuran hayat.


Pada suatu hari anda didatangi oleh seorang ejen insuran dan memberitahu tentang keperluan membeli insuran untuk diri anda. Ingat!!! apa yang diterangkan olehnya benar tetapi mungkin juga sebaliknya.

Sesetengah daripada dikalangan anda memerlukan polisi insuran hayat apabila sudah sampai pada sesuatu peringkat, manakala yang lain tidak memerlukanya sama sekali.

Anda tergolong dalam kategori yang mana?


Lelaki Yang Berkeluarga – Besar kemungkinan perlu.

Kenapa? Biasanya kaum lelaki merupakan pencari nafkah yang utama untuk sesebuah keluarga. Jika berlaku kematian yang tidak dijangka keatasnya, menimbulkan masalah kewangan kepada individu dibawah tanggungagnya. Kecuali, beliau seorang yang kaya raya dan memiliki harta yang cukup untuk menampung kehidupan keluarganya.

Mempunyai anak-anak yang masih kecil merupakan alasan baik untuk mereka membeli polisi insuran hayat. Insuran yang ada itu boleh menampung perbelanjaan untuk anaknya sehingga berumur 20-an kelak.

Bagi pasangan yang tiada anak, satu polisi masih diperlukan untuk isteri yang tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan sendiri. Lain pula jika isteri bekerja, insuran tidak lagi menjadi satu keperluan kerana isteri tersebut mampu untuk berdikari hasil daripada pendapatanya sendiri.


Isteri – Mungkin perlu

Kenapa? Jika pasangan yang berkahwin masih tidak mempunyai anak, manakala suami merupakan sebagai pencari nafkah keluarga. Isteri tidak perlu membeli polisi insuran untuk dirinya.

Berbeza pula, sekiranya pasangan mempunyai anak & pasangan bekerja, yang mana pendapatan mereka penting untuk keluarga. Isteri mungkin perlu menimbang untuk membeli polisi insuran. Walau bagaimanapun, perlindungan tidak perlu setinggi suaminya kerana beliau tidak menyumbang banyak kepada pendapatan keluarga.


Kanak-Kanak- Tidak Perlu

Kenapa? Kanak-kanak tidak mempunyai tanggungan, oleh itu tidak memerlukan polisi insuran hayat sama sekali.

Ejen insuran akan berkata, bahawa membeli insuran untuk kanak-kanak yang masih kecil bermaksud simpanan premium dam memastikan jaminan kewangan apabila dewasa kelak.

Tetapi dari sudut perancangan kewangan dan keluarga, ini bermakna pembaziran wang tahun demi tahun untuk insuran yang tidak diperlukan berlaku. Untuk pengetahuan anda, hanya sejumlah kecil sahaja kanak-kanak tanpa diinsurankan kerana sakit. Memandangkan risikonya adalah kecil, insuran tidak diperlukan bagi kebanyakkan kanak-kanak.


Orang bujang – Tidak perlu
Sekiranya seseorang individu hanya menanggung dirinya sendiri, beliau tidak perlu dapatkan polisi insuran hayat.

Tetapi, sekiranya beliau mempunyai tanggungan kepada keluarga, adik kandung yang masih belajar dan menjaga ibubapa yang telah tua, insuran hayat mungkin diperlukan.


Peringatan!!!!

* Jangan membeli insuran sekadar memuaskan hati kawan atau mengalah kepada pujukan seseorang ejen insuran. Seringkali, polisi dijual berdasarkan kaedah mendesak dan mengambil kesempatan daripada sesebuah persahabatan bukan berdasarkan nasihat professional berkenaan insuran.

* Jangan membeli insuran dengan tujuan untuk membuat perlaburan. Ingat, insuran adalah untuk perlindungan bukan untuk membuat keuntungan kepada individu.

* Syarikat insuran tidak dilindungi atau dijamin oleh kerajaan. Jika sesebuah mengalami bankrap, ia tidak dapat memenuhi tuntutan anda dan tidak mungkin dapat memulangkan nilai insuran hayat anda itu. Oleh yang demikian, ketahuilah bahawa anda menanggung risiko apabila membeli insuran.

* Jangan terlalu membebankan kewangan keluarga anda dengan membeli polisi yang anda tidak mampu untuk membayarnya. Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata menarik jurujualnya yang mempunyai sasaran komisen untuk diri mereka dan bukan untuk menjaga kepentingan anda.

* Ramai dikalangan anda, membeli insuran hayat, kemudian mendapati premiumnya terlalu tinggi untuk mereka terus membayarnya. Oleh itu, selepas beberapa tahun mereka berhenti membayarnya dan kehilangan segala simpanan tersebut (jika mereka membeli polisi bertempoh tetap).


Nota:
Saya bukan seorang perancang kewangan. Info yang saya berikan, bertujuan untuk berkongsi maklumat kepada mereka-mereka yang belum mengetahuinya.

Apa itu Overdraft (OD)

 

Secara amnya OD atau kemudahan Overdraft (Overdraft facility) adalah sejenis pinjaman atau pun loan, tetapi ianya berbeza dengan jenis-jenis pinjaman yang lain seperti housing loan, pinjaman kereta/kenderaan dan sebagainya. Ini kerana OD sebenarnya adalah satu kemudahan pinjaman yang di 'standby' kan oleh bank dan tidak semestinya digunakan oleh pelanggan.

Ciri-ciri OD :-
1. Mesti digunakan bersama current account atau Akaun Semasa (menggunakan kemudahan cek).

2. Selalunya memerlukan cagaran samaada dalam bentuk hartanah atau dalam simpanan tetap. Kalau nak cepat dapat boleh guna simpanan tetap atau Fixed Deposit(FD) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB).

3. Jumlah OD yang diberi bergantung kepada nilai cagaran dan juga kekuatan kewangan pelanggan. Rekod dengan bank juga amat penting. Oleh itu, jika anda masih baru dengan bank dan kedudukan kewangan (Dari segi gaji, tanggungan atau keuntungan syarikat) masih lemah dan anda letak Fixed Deposit sebanyak RM10,000 maka anda mungkin dapat sama nilai i.e OD juga RM10,000. Ini dipanggil One To One Basis.

Kalau anda sudah lama dengan bank tersebut, manakala kedudukan kewangan baik, rekod pembayaran pinjaman sebelum itu baik maka anda akan dapat lebih dari apa yang anda cagarkan. Sebagai contoh, anda mencagarkan Fixed Deposit berjumlah RM10,000, kemungkinan besar akan dapat RM20,000 OD.

4. OD ni boleh dipohon oleh pelanggan individu ataupun syarikat.

5. Persamaan OD dengan jenis loan yang lain ialah kemudahan ini dikenakan Faedah. Faedah biasanya diletak berdasarkan BLR atau Base Lending Rate. BLR ini merupakan kos untuk bank memberi pinjaman kepada pelanggan mereka.

Oleh itu faedah keatas OD anda mungkin akan dinyatakan dalam bentuk :-
> Kadar faedah OD = BLR – 1.5%
> kalau BLR semasa ialah 5.55% maka
> Kadar faedah OD anda = 5.55% - 1.5% = 4.05%

Anda juga perlu ingat yang BLR boleh berubah dan jika BLR naik ke 7% maka
kadar faedah OD anda juga naik menjadi 5.5% (7% - 1.5%)

Sila semak juga kadar faedah OD itu dikira bagaimana, sama ada:-
1. Flat rate (Macam pinjaman kereta)
2. Monthly rate
3. Daily rate

Jenis-jenis rate diatas akan mengenakan faedah yang berbeza. Jadi, walaupun ketiga-tiga jenis kadar diatas adalah 7% setahun tapi pengiraannya berbeza. Kadar Flat rate adalah yang paling mahal.

6. OD juga boleh digabungkan dengan Pinjaman Perumahan (Housing Loan) - Sebagai contoh jika anda ambil pinjaman perumahan sebanyak RM100,000 dan anda sudah membayar sebanyak RM40,000 dan baki pinjaman sebanyak RM60,000 maka pihak bank akan memberi kemudahan OD sebanyak RM40,000. Itu juga, tertakluk kepada nilai pasaran rumah anda itu. Keadaan ini juga, bergantung kepada pihak bank kerana bukan semua bank menawarkan pinjaman sebegini.

7. Nilai pasaran cagaran anda boleh memberi kesan kepada OD anda - Jika anda gunakan asset tanah anda untuk mendapat OD sebanyak RM100,000 tetapi di masa hadapan nilai tanah anda jatuh dibawah RM100,000 maka jika anda sudah gunakan sepenuhnya nilai OD anda, maka anda perlu selesaikan perbezaannya.

Sebagai Contoh:
=> Amount OD diluluskan - RM100,000
=> Nilai pasaran cagaran - RM90,000
=> Jumlah OD yang anda sudah dan sedang anda gunakan sebanyak RM100,000
=> Jumlah hutang yang perlu anda bayar serta-merta kepada bank ialah Jumlah OD sudah digunakan ditolak jumlah cagaran iaitu RM100,000 - RM90,000.

Jika anda tidak menggunakan OD tersebut sehingga nilai maksima, kemungkinan bank akan turunkan jumlah OD yang boleh anda gunakan itu.

8. Permohonan untuk OD agak sama dengan pinjaman-pinjaman yang lain terutamanya jika anda menggunakan cagaran dalam bentuk hartanah seperti rumah dan tanah. Jika anda gunakan FD anda atau sijil ASB dan hanya mohon OD sehingga 100% nilai FD atau 95% nilai ASB anda. Tempoh permohonan adalah lebih cepat dan mungkin boleh terus diluluskan oleh Pengurus Bank cawangan anda memohon itu. Ini kerana OD anda itu mempunyai risiko yang terlalu rendah kepada bank. Bagi kemudahan OD yang digabungkan bersama pinjaman perumahan, anda mungkin tidak memerlukan permohonan baru kerana ianya diberi secara pakej dengan pinjaman perumahan anda itu.

9. Kadar feadah OD akan dikenakan kepada jumlah OD yang anda gunakan sahaja. Jika anda tidak gunakan sesuatu jumlah wang dalam OD tersebut, jadi tiada apa-apa feadah yang dikenakan.

10. Bagaimanapun kebiasaannya bank turut mengenakan Commitement Fee untuk jumlah OD yang tidak digunakan. Ini adalah kerana walaupun anda tidak menggunakannya tetapi bank telah pun 'standby' kan jumlah OD anda itu dan menunggu untuk anda gunakan.

11. Biasanya kadar faedah OD lebih rendah dari kadar faedah kalau anda gunakan kemudahan Cash Advance melalui Kad Kredit.

12. Kemudahan OD juga boleh mengelakkan dari anda mengeluarkan cek tendang sebab jika anda keluarkan cek RM10,000 tapi dalam akaun anda cuma RM8,000, baki RM2,000 yang masih tidak mencukupi itu akan secara automatik diambil dari kemudahan OD anda itu.

Peringatan!!! Kemudahan OD amat berguna jika kita tahu manfaatkanya. Tetapi jika salah guna ianya sama seperti penggunaan kad kredit di mana ianya boleh membebankan anda.

Kelebihan OD ini ialah ianya satu kemudahan standby facility dan jika tidak menggunakannya maka anda cuma perlu bayar sedikit sahaja fees untuk mengekalkan kemudahan ini. Jika anda sesak nafas dari segi kewangan dan memerlukan duit segera maka anda tidak perlu pening-pening kepala guna kad kredit atau lagi teruk pinjam dari Along……


Ukur Baju di badan sendiri.

 

Salam Sejahtera….

Sebelum ini BUW ada mengketengahkan kisah seseorang tentang pembelian kereta tanpa merancang. Kali ini BUW akan berkongsi informasi tentang merancang dalam membeli kenderaan.

Mula dengan satu persoalan, mengapa anda perlu beli kereta?

Adakah ia sebagai satu kemahuan, keperluan atau kemampuan?

Daripada persoalan di atas maka timbul lagi persoalan, kriteria yang macam mana kenderaan yang harus dibeli?

Adakah kereta tersebut perlu berjenama?
Adakah kereta tersebut berkeadaan mewah?
Kereta tempatan ataupun import?
Pentingkah kereta tersebut berkuasa tinggi atau sekadar memenuhi ruang untuk keluarga?
Beli baru atau sekadar yang terpakai?


Hah!!!! Tepuk dahi Tanya hati….

Cuba renungkan cadangan di bawah ini…

Sekiranya kereta tersebut merupakan factor keperluan, ia perlu merangkumi faktor-faktor berikut:

1. Sebagai kegunaan di mana kereta tersebut:
- digunakan sebagai pengangkutan harian ketempat kerja.
- digunakan untuk berniaga
- untuk balik kampong
- untuk pergi bercuti
- aktiviti social seperti ziarah

2. Bilangan ahli keluarga:
- Suami dan isteri
- Anak-anak
- Orang tua kita jika ada

3. Ketiadaan kemudahan pengangkutan awam yang sempurna di kawasan kita:
- Di mana kenderaan ini perlu digunakan sekiranya berlaku kecemasan.


Sekiranya kereta tersebut merupakan factor kemampuan, pastikan:

Pendapatan bulanan mempunyai baki bersih yang memberikan margin untuk kecemasan.
Buat senarai dan kira-kira tentang perbelanjaan bulanan seperti:
- Sewa rumah
- Makan minum
- Utiliti
- Perubatan
- Pakaian
- Pendidikan
- Perlindungan takaful
- Pelaburan dan tabungan
- Zakat


Formula yang harus digunakan adalah seperti berikut:

Keperluan + Kemampuan = Kenderaan

Kenderaan yang mana meliputi:
*harganya
*keadaan baru atau terpakai,
*jenisnya samada sedan, van atau MPV
*kos penyelengaraan
*bilanagan kereta yang perlu

Nisbah Kemampuan
Ukurlah baju di badan sendiri di mana untuk membeli sesuatu perlu mengikut kemampuan kita…. Jangan sesekali guna pakai “biar papa asal bergaya” alamat merana kemudian hari.

Langkah Pertama,
Perlu kira Nisbah Hutang yang ada. Bagaimana?

Iaitu,

Nisbah Hutang = (Jumlah hutang / Gaji atau pendapatan ) x 100%

Sebagai Contoh ikuti kes berikut.
Jumlah kesemua hutang sebanyak RM2500, manakala pendapatan adalah sebanyak RM5000.

Jadi, Nisbah Hutang:
= (2500/5000) x 100%
= 50%

Rumusan di sini, sebanyak 50% daripada hasil gaji dan pendapatan digunakan untuk membayar hutang sahaja. Tidak termasuk makan minum, pakaian, kecemasan dan lain-lain lagi.

….. Aaaha! Jangan hanya sekadar pertimbangkan kadar bayaran ansuran bulanan sahaja…

Pertimbangan lain yang perlu diambil kira sebelum membeli kereta, juga termasuk:
>> Kos pembaikan dan penyelenggaraan
>> Kadar ketetapan cukai jalan
>> Kos insuran yang perlu dijelaskan


Tempoh Pinjaman
>> Tempoh yang panjang dapat mengurangkan jumlah bayaran bulanan kepada yang lebih kecil.
>> Cuba elakkan tempoh bayaran yang terlalu lama. Tempoh yang optimum adalah 5 tahun.
>> Lebih lama tempoh berhutang, maka lebih banyak kita menyumbang kekayaan kepada pihak bank kerana kiraan faedah adalah berkadar tahun.

Kenapa BUW berkata begitu, tahukah anda sekiranya jumlah pinjaman sebanyak RM30K, dengan caj 3% setahun selama 5 tahun, kita telah menyumbang RM4,500 kepada pihak bank. Jika 9 tahun, jadi nilai sumbangan kita kepada bank adalah sebanyak RM8,100. Itu baru pinjaman RM30K, apa kata kalau nilai kereta berjumlah RM100K ke atas?


Jadi, semak contoh Pengiraan pembelian kereta bariku:
• Harga Kereta berjumlah = RM30,000.00
• Tempoh pembiayaan = 5 tahun
• Kadar Caj/keuntungan= 3%
• Pendahuluan (10%) = RM3,000.00
• Jadi, Pembiayaan
RM30,000 – RM3,000 = RM27,000.00
• Manakala, ansuran Bulanan selama 5 thn (5 x 12)
= RM27,000.00 + (RM27,000 x 3% x 5)
= RM517.00 sebulan

Dengan kadar bayaran RM517 sebulan, apakah kereta yang sesuai yang harus dibeli untuk keperluan kita?

Fikir-fikirkanlah, jangan bertindak mengikut nafsu.

Bagaimana Membuat Matlamat Kewangan?

 

Apabila diitanya satu soalan kepada setiap individu, apakah matlamat kewangan anda?.... ada di antara mereka yang akan menjawab…..Aku ingin menjadi kaya!!!! Pada hakikatnya, adakah itu matlamat kewangan sebenar atau hanya angan-angan atau omong-omong kosong? Benarkah begitu?

Oleh yang demikian, sebelum melakukan sebarang perancangan kewangan, perkara penting dalam merancang kewangan adalah menetapkan dahulu matlamat kewangan kita sendiri. Selepas itu, barulah disusuli dengan merancang dan seterusnya diikuti dengan perlaksanaan. Sebagai satu contoh matlamat kewangan ialah mengawal perbelanjaan dan membuat simpanan supaya dapat melunaskan pinjaman pembelian perumahan, kereta dan kad Kredit.

Erti kata lain, anda perlu mengenalpasti dan menentukan matlamat dengan jelas untuk merealisasikan matlamat kewangan yang ingin dicapai itu. Matlamat kewangan yang dibuat juga mestilah bergantung kepada pelbagai faktor seperti keinginan, umur, kedudukan kewangan dan minat anda.


Contoh-contoh matlamat kewangan

# Mengawal wang anda supaya mempunyai lebihan setiap bulan (Positive Cashflow)
# Membayar hutang
# Mempunyai simpanan untuk digunakan sewaktu kecemasan seperti kereta rosak atau masalah kesihatan
# Membeli rumah
# Membeli kereta
# Simpanan untuk persaraan
# Membeli barang-barang berharga seperti peralatan elektrik yang mahal
# Pergi bercuti; dan sebagainya

Maka, seharusnya setiap matlamat kewangan yang kita tetapkan, pastikan ia akan merangkumi faktor-faktor…

S.M.A.R.T

Apakah itu matlamat kewangan yang S.M.A.R.T?

Berikut adalah huraian dari aspek kewangan untuk perkataan S.M.A.R.T...

S = SpecificSesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu mestilah khusus.
Sebagai contoh: “Aku ingin membeli kereta BMW 5 Series keluaran Tahun 2008”.

Bukan sekadar, “bila ada duit nanti aku ingin membeli kereta”. Persoalannya, Kereta apa? Kereta mainan? Maknanya sekadar membeli kereta sahaja tiada pengkhususan dinyatakan ke atas matlamat itu.

M = MeasurableSesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu mestilah boleh diukur dengan nilai wang.
Sebagai contoh (kita ambil sambungan contoh di atas): “Aku ingin membeli kereta BMW 5 Series keluaran Tahun 2008 berharga RM350,000”. Di sini, kita memerlukan RM350,000 sebagai ukuran.

Bukan sekadar, “bila ada duit nanti aku ingin membeli kereta BMW 5 Series”. Yang mana kita tiada nyatakan nilai duit yang diperlukan untuk sesuatu benda itu.

A = AttainableSesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu juga mestilah boleh dicapai.
Sebagai contoh (sama seperti contoh sebelum): “Mulai sekarang aku akan meningkatkan tahap kewangan aku sebanyak RM3,200 sebulan selama 9 tahun untuk membeli dan membuat bayaran bulanan kereta BMW 5 Series keluaran Tahun 2008 berharga RM350,000”. Maknanya di sini, letakkan komitment diri sendiri sebanyak RM3,200 sebulan untuk dapatkan kereta tersebut.

Bukan sekadar “menunggu bulan jatuh ke riba” atau “yang pipih terbang melayang, yang bulat datang bergolek” kepada kita….atau tunggu menang lottery. Ingat!!! Tidak semua manusia di dunia ini yang berjaya dengan berpandukan kepada nasib semata-mata tanpa berusaha.

R = Realistic & RelevanSesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu juga mestilah realistic, berkait dengan diri sendiri.
Sebagai contoh (contoh yang sama): “Mulai sekarang aku akan meningkatkan tahap kewangan aku sebanyak RM3,200 sebulan selama 9 tahun untuk membeli & membuat bayaran bulanan kereta BMW 5 Series keluaran Tahun 2008 berharga RM350,000”.

Bukan hendak beli Kereta Performance Ferrari / Lamborghini, tetapi wang hanya ada RM3,200 sahaja dalam tempoh 2 atau 3 bulan dari sekarang… Angan-angan kosong atau hanya bermimpi….Lupakan!!!!

T = Time-BoundSesuatu matlamat kewangan yang kita tetapkan itu mestilah mempunyai tempoh masa tertentu.
Ambil contoh yang sama: “Mulai sekarang aku akan meningkatkan tahap kewangan aku sebanyak RM3,200 sebulan selama 9 tahun untuk membeli dan membuat bayaran bulanan kereta BMW 5 Series keluaran Tahun 2008 berharga RM350,000”. Maka, bermula dari sekarang sehingga 9 tahun akan datang adalah tempoh masa yang jelas.

Bukan, ketika anda ada duit tetapi tidak meletakkan sasaran masa yang jelas.


Contoh matlamat kewangan berdasarkan tempoh masa:
1. Matlamat jangkamasa pendek boleh dicapai dalam masa seminggu atau beberapa bulan, tetapi tidak lebih daripada setahun. Contohnya seperti ingin membeli pakaian baru atau menyimpan wang untuk pergi bercuti.

2. Matlamat jangkamasa sederhana pula adalah matlamat yang boleh dicapai dalam masa setahun sehingga 5 tahun, seperti membayar hutang atau membeli kereta (kereta ini bergantung kepada jenis kereta dan tempoh bayaran ansuran bulanan. Tempoh bayaran ansuran bulanan maksimum adalah 9 tahun, maka jika panjang jangka masa sehingga 9 tahun. Maka, boleh letakkan ia sebagai matlamat jangka masa panjang).

3. Matlamat jangkamasa panjang boleh dicapai dalam masa 5 tahun atau lebih, seperti membeli rumah, menyimpan wang untuk hari persaraan dan mempunyai simpanan wang yang mencukupi untuk menghantar anak anda ke kolej atau universiti.

Anda mungkin mempunyai ketiga-tiga matlamat di atas, tetapi pastikan ianya mempunyai factor-faktor realistik. Sasaran yang terlalu tinggi mungkin akan mengecewakan dan menyebabkan anda mengabaikan terus matlamat itu. Hakikatnya bahawa sesuatu matlamat yang kabur pula tidak akan memotivasikan anda. Matlamat yang tidak fleksibel pula sukar untuk dicapai terutamanya dalam keadaan terdesak. Biar apapun matlamat kewangan yang dibuat, pastikan anda mempunyai sedikit kelonggaran untuk membuat perubahan yang perlu. Senaraikan matlamat mengikut keutamaan dan kepentingan untuk diri sendiri dan keluarga. Bagi merealisasikan impian anda, pastikan matlamat kewangan mengikut kaedah S.M.A.R.T.

Selamat berjaya!

S.M.A.R.T for Rich!!!! &

Financial Freedom!!!!

Bagaimana hendak mencapai matlamat anda?

 

Anda boleh ambil contoh matlamat berikut dan bagaimana caranya untuk anda mencapai matlamat tersebut....

Katakan anda ingin membina sebuah rumah untuk keluarga anda yang semakin membesar. Mungkin rumah itu kelihatan seperti ilustrasi yang tertera di sini. Mungkin juga, anda sudah mempunyai rumah tetapi pentingnya ilustrasi membina rumah ini adalah sama seperti membina perancangan kewangan anda. Anda adalah sebagai pemaju rumah tersebut. Tugas anda ialah membeli tanah yang baik, mengupah arkitek dan kontraktor yang berkemahiran, mencari bahan terbaik dan memastikan kerja dijalankan dengan betul dan berkualiti serta siap pada tempoh masa yang ditetapkan.

Dari contoh model di atas, maka, keadaan yang sama juga perlu diapplikasikan dalam perancangan kewangan anda. Anda bertanggungjawab untuk membina perancangan yang kukuh. Jika anda tidak pasti bagaimana membuat perancangan kewangan tersebut, kemungkinan besar anda memerlukan khidmat penasihat dan perancang kewangan bertauliah yang boleh bekerjasama untuk mencapai matlamat anda itu. Tetapi, bagi mereka yang mampu mendapatkan penasihat profesional dan mempunyai simpanan bersih lebih daripada RM100,000, adakah ini bermakna anda tidak perlu merancang kerana anda sudah dapat menyimpan wang sebanyak itu? Jawapannya tidak, anda perlu memulakan perancangan kewangan anda sekarang supaya anda boleh mencapai jumlah lebihan tunai yang lebih besar dan mempunyai penambahan nilai bersih yang lebih besar lagi daripada tidak mempunyai perancangan kewangan langsung.

Walau bagaimanapun, jika anda telah mencapai wang lebihan melebihi RM100,000 dan mencari perancang kewangan untuk membantu anda seterusnya, ada beberapa perkara yang perlu anda fikirkan.

Dalam berurusan dengan perancang, lebih bijak jika mempunyai pengetahuan asas mengenai:

1. Produk pelaburan yang terdapat di Malaysia, seperti unit amanah, dana bon, amanah harta
2. Kedinamikan pelaburan ekuiti
3. Skim Pengeluaran KWSP
4. Peranan insurans hayat
5. Keperluan boleh ubah dalam perancangan anda.

Kesimpulannya di sini, siapa pun anda hari ini, itu tidak penting. Perkara asas yang perlu dititik beratkan ialah perancangan kewangan, kerana ia merupakan perkara penting dalam mencapai matlamat anda yang sebenar....

Kewangan Dan Cara Mengawal Perbelanjaan

Kewangan Dan Cara Mengawal Perbelanjaan

Tips kewangan dan Tips Berbelanja.

Mari ubah minda anda dengan konsep lama menggunakan buku 555 sebagai salah satu cara mengawal perbelanjaan harian anda. Biasanya buku 555 digunakan untuk mencatat segala hutang/hutang berbayar (cara orang lama la), tetapi hari ini kita ubah sikit paradigma dengan menggunakan buku 555 sebagai ‘tool’ perbelanjaan harian kita. Catit segala perbelanjaan harian kita di dalam buku 555 tersebut dengan penuh displin dan konsisten. Bermakna, setiap sen yang keluar dari poket perlu dicatat. Dengan cara ini kita dapat mengawal aliran keluar kewangan dan perbelanjaan kita secara berkesan dan terperinci. Cara ini juga, kita dapat mengesan segala kebocoran kewangan kita seharian. Bahkan kita juga dapat mengelakan dari kesilapan dalam membuat perbelanjaan. Oleh itu, anda akan sentiasa tahu status kewangan anda.

Rancang dengan teliti.

Jika anda ingin membeli sesuatu barangan contohnya TV LCD 42” berharga RM4,500.00. Apa yang patut anda buat ialah menyimpan setiap bulan RM450.00 hingga cukup jumlahnya RM4,500.00 baru anda beli. Tidaklah lama sangat, cuma 10 bulan sahaja. Tetapi jika anda berhutang anda terpaksa membayar ansuran setiap bulan dicampurkan pula dengan jumlah interest, di sini anda akan rugi banyak wang. Di samping itu, ia akan menambah urusan atau menyibukkan diri anda setiap bulan untuk pergi ke bank atau “kot maut” (pinjaman tanpa cengkeram).

Tips penggunaan kredit kad

Sebenarnya anda hanya perlu ada satu Kad kredit sahaja sebagai kemudahan “tool” dalam kewangan kita. Jika anda mempunyai dua atau tiga Kredit Kad, sebenarnya anda telah buat silap untuk menjerat diri anda sendiri. Oleh itu tutup dua Kad kredit yang selebihnya itu, sebelum masalah hutang anda menjadi beban kepada diri anda. Kesilapan menggunakan kad kredit boleh menyebabkan anda menjadi bankrup, ini disebabkan kadar faedah bagi hutang tersebut sentiasa naik. Dan jika anda bayar sedikit (lebih dikenali sebagai minimum payment) sahaja, kemungkinan besar anda hanya membayar jumlah kadar faedah-nya sahaja, tidak termasuk hutang sebenar (hutang pokok).

Cara yang selamat menggunakan kad kredit ialah dengan menggunakan satu kad kredit sahaja, bila anda berhutang dengan mengunakan kad kredit, anda perlu cepat-cepat bayar penuh semula jumlah hutang tersebut. Adalah lebih baik bayaran penuh dilakukan semula dalam masa 20 hari (anda perlu mahir dalam tarikh seperti “Statement Date”, “Due Date” Dan “Cooling Period”) untuk mengelakkan anda dikenakan interest ke atas jumlah hutang yang dilakukan. Jika nilai had kredit RM5,000, pastikan jumlah ini sentiasa penuh. Kalau anda berbelanja RM4,000 sekalipun pastikan anda dapat selesaikan sebelum tempoh sebulan. Jika tidak mampu, lebih baik jangan cuba-cuba mengunakan kad kredit sebagi alat untuk anda berhutang.

Anggaplah kad kredit itu hanya sebagai kemudahan, nilai yang ada bukannya duit anda, ia hanya hutang. Jika silap langkah anda akan menanggung masalah yang berpanjangan di masa hadapan.

Elakkan dari berhutang.

Elakkan diri dari menambah hutang yang sedia ada, kerana dengan berhutang anda sebenarnya mengundang masalah kepada diri anda sendiri. Untuk makluman anda, adalah merbahaya sekiranya 40% dan lebih daripada pendapatan kita terpaksa diagihkan untuk membayar hutang.

Sebagai contoh, jika gaji anda RM3,000,00 tetapi setiap bulan dan anda terpaksa membayar hutang dimerata-rata tempat, di mana gaji bersih selepas tolak hutang hanya tinggal RM900.00 sahaja. Ini bermakna anda telah menggunakan lebih 70% duit gaji anda hanya untuk membayar hutang sahaja. Bagaimana dengan duit makan anda? Keperluan harian anda? Bagaimana pula dengan bil-bil bulanan anda? Bagaimana pula sekiranya berlaku kecemasan? Inilah sebabnya kenapa ramai individu merasa kesesakan. Alangkah bahagianya sekiranya gaji anda RM3,000.00 itu tidak diagihkan untuk membayar hutang. Maka, Tepuk dahi tanyalah hati…

Ada juga individu yang sekadar suka-suka buat personal loan. Jumlah yang dipohon adalah RM10,000.00. Kemudian bayar balik secara ansuran dicampur kadar Interest 5.85% selama 7 tahun, jumlah interestnya ialah RM4,112.00 Di sini anda telah membuang duit sebanyak RM4,112.00 begitu sahaja. Oleh itu, lebih baik anda menabung RM200.00 sebulan. Bila cukup RM5,000.00 anda boleh berbelanja RM1,000.00 pada bila-bila masa, dan bakinya masih ada RM4,000.00 lagi. Kan bagus bagitu…. Selepas berbelanja penuhkan semula tabung agar jadi RM5,000.00 kembali dan buat penambahan simpanan untuk kegunaan seterusnya.

Masa depan anda, anda yang pilih.
Maka, pilihlah jalan terbaik untuk diri anda demi masa depan yang sempurna.

Friday, February 11, 2011

Penyelesaian hutang anda

Masalah tanggungan hutang dan kegagalan mengurus kredit dengan baik sebenarnya bukan hanya dihadapi oleh penjawat awam bahkan juga kepada tidak kurang daripada 1.72 juta orang melayu yang telah dewasa dan pencari pendapatan yang aktif di Malaysia. Kakitangan awam amat bernasib baik kerana jaminan pendapatan tetap dan majikan iaitu kerajaan yang tentunya teguh sudah pasti memudahkan mereka mendapat pinjaman dari semua arah. Tidak semua rakyat Malaysia khususnya orang melayu memperolehi kemudahan ini. Kerana wujudnya kemudahan sedemikian rupa, ada di antara penjawat awam ini yang telah menyalahgunakan bukti pendapatan mereka itu untuk memperolehi wang pinjaman. Tetapi perkara sedemikian tidak dapat dielakkan dalam sesetengah perkara. Tuntutan keperluan semasa, kenaikan harga barangan, tanggungan hutang, kecemasan, pendidikan anak-anak dan lain-lain lagi telah memaksa mereka mengambil jalan mudah dengan meminjam seboleh-bolehnya tanpa mengira akibatnya.
    Persoalannya di sini adalah apakah terdapat jalan penyelesaiannya? Jawapannya sudah tentu ada. Terdapat dua cara mengatasi masalah ini. Satu adalah menerusi penyelesaian mikro manakala cara lainnya adalah berbentuk makro iaitu dengan kerjasama kerajaan. Bagaimanapun pada kali ini penyelesaian secara mikro iaitu penglibatan individu-individu yang di dalam kategori ”masalah” sahaja yang akan diketengahkan. Sekiranya terdapat minat untuk mencari penyelesaian makro, perkara ini boleh diterangkan dengan lebih lanjut lagi. Bagaimanakah penyelesaian mikro atau berkaitan individu ini? Jawapannya adalah menerusi kreativiti dan inovasi perancangan kewangan.
    Apakah itu perancangan kewangan? Perancangan Kewangan adalah satu proses di mana seseorang individu merancang masa hadapan dalam memenuhi matlamat peribadi dan kewangan melalui pembangunan dan perlaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh. Secara ringkasnya ia adalah ”personal corporate finance”. Ia merupakan suatu ilmu dan industri yang terpenting dalam kehidupan.
    Rakyat Malaysia pada dasarnya masih tidak diberi pendedahan secukupnya mengenai perkara ini. Benar, separuh daripada manusia terkaya di dunia adalah perancang kewangan. Nama-nama seperti Warren Buffet (pemilik AIG Group) orang kedua terkaya di dunia dan keluarga Waltons (asasnya pemilik Wal-Mart)di mana 4 orang ahli kelurganya adalah antara 10 terkaya di dunia pada amnya adalah perancang kewangan yang boleh dijadikan contoh. Tujuh aspek utama dalam perancangan kewangan adalah meliputi aliran tunai, perbankan, hartanah, saham/ekuiti, insurans, cukai dan peninggalan harta (estate planning).
    Asas perancangan kewangan adalah simpanan. Dengan adanya simpanan, seseorang itu boleh membentuk “platform” dengan mudah. Bagaimanapun tidak semua orang mempunyai tabiat menyimpan yang baik. Oleh itu cara alternatif yang boleh digunakan adalah dengan meminjam. Dengan kecairan yang tinggi dan kadar faedah yang rendah sekarang ini, bank adalah opsyen yang mudah dan murah bagi membentuk “platform” atau dengan kata lain, modal, bagi memulakan langkah merancang kewangan. Penubuhan platfom (modal) merupakan tunggak kepada perancangan kewangan yang menyeluruh.
    Bagaimanapun, untuk menubuhkan sebuah platfom yang baik menerusi meminjam (leveraging) seseorang itu perlu mengetahui beberapa prinsip asas pengurusan kredit. Pada dasarnya platform boleh dibentuk daripada 3 sumber pendapatan, samada menerusi simpanan sendiri (tunai), pemberian (pinjaman) keluarga dan cara kebiasaan yang ramai menggunakannya yakni menerusi pinjaman daripada institusi kewangan. Manakala melalui pinjaman ini pula, individu boleh memperolehinya menerusi 3 cara juga iaitu, pinjaman peribadi, overdraf (tanpa cagaran) dan pinjaman tetap(kebiasaannya pinjaman perumahan).
    Bagi individu yang ingin membina paltfom melalui cara meminjam (leveraging) ini, mereka harus memahami pengiraan kadar faedah. Sesebuah pinjaman itu terbahagi kepada 2 yang merangkumi pokok (prinsipal) dan faedah (interest). Pokok harus dibayar, tiada cara lain. Tetapi faedah boleh dielak sekiranya kita mengetahui cara pengiraannya. Terdapat 4 jenis pengiraan faedah iaitu, kadar tetap(flat rate), kebiasaannya untuk pembelian kereta atau pinjaman peribadi, kadar tahunan (yearly rests), kadar ini digunakan untuk sesetengah pembelian konsumer, kadar bulanan (monthly rests) untuk pembelian rumah(pinjaman perumahan kerajaan dan swasta) dan kadar harian (daily rests) yang digunakan untuk kemudahan overdraf dan sesetengah pinjaman perumahan swasta. Kadar faedah yang menguntungkan kita adalah kadar harian (daily rests). Ini adalah kiranya kadar sebenar (effective rate) untuk pengiraan kadar harian adalah yang paling murah.
    Bagaimanpun sebelum seseorang itu meminjam persoalan pertama yang harus dijawab adalah bagaimana hendak membayarnya? Menerusi kreativiti perancangan kewangan, modal menerusi pinjaman untuk pembentukan platfom terlebih dahulu dilaburkan ke dalam alat pelaburan yang memberi pulangan serta boleh disandarkan untuk mendapatkan kemudahan overdraf. Dengan cara ini, pulangan menerusi pelaburan dengan hanya pulangan (anggaran) 8% setahun dikompaunkan untuk 8 tahun, cukup untuk membayar pinjaman tanpa perlu membayarnya. Kemudahan Overdraf boleh digunakan sebagai platfom.
    Setelah pembentukan platfom (modal) ini, seseorang itu boleh melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:-
    * Menyelesai/mengurangkan hutang
    * Untuk memenuhi keperluan tuntutan semasa.
    * Penyediaan tabungan kecemasan
    * Keperluan pendidikan anak-anak.
    * Melawan kenaikan harga/inflasi.
    * Penyediaan menghadapi persaraan.
    Adalah salah jika anda diberitahu bahawa berhutang itu bagus. Hidup akan lebih bermakna dan mudah jika kita tiada bebanan hutang. Bagaimanapun masalahnya adalah mampukah kita membayar pembelian kita seperti membeli kereta, rumah dan lain-lain perbelanjaan yang mahal dengan tunai? Perancangan kewangan yang berjaya akan membolehkan kita melabur dan merancang tanggungan hutang kita dengan sempurna. Hasilnya nanti akan membolehkan kita membentuk kekayaan.        
    Bagaimanapun ramai antara kita gagal mengumpul kekayaan disebabkan oleh masalah hutang. Dalam budaya meminjam khususnya di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia ini, jika boleh mereka tidak mahu meminjam, jika meminjam pula mereka tak mahu bayar. Ini merupakan satu sikap yang salah. Sepatutnya kita harus mempunyai sikap, jika perlu berhutang, hutang harus diselesaikan dengan segera. Kegagalan memenuhi faktor ini dan mengurus hutang dengan baik telah menyebabkan ramai orang tersungkur sebelum sempat memulakan langkah pertama membina kekayaan. Kebebasan kewangan pada asasnya adalah bebas daripada hutang.

Apa itu KEUSAHAWANAN

Selalunya keusahawanan di kaitkan dengan pemilik perniagaan atau golongan manusia yang berniaga untuk menampung keperluan hidup mereka.  Itu hanyalah maksud yang anda boleh peroleh dari buku – buku dan kamus – kamus. Sekarang, mari kita hayati maksud usahawan dalam skop yang lebih besar iaitu dari pandangan seorang usahawan sendiri.
1.    Usahawan adalah seseorang yang pandai merebut peluang perniagaan walaupun mereka tidak mempunyai kemampuan untuk menjayakannya.
Pernahkah anda mencuba untuk memulakan perniagaan tetapi akhirnya niat itu anda batalkan kerana tidak cukup modal atau ilmu ? Jika pernah, anda tidak mempunyai semangat usahawan yang tinggi. Usahawan akan merebut peluang  dahulu , walaupun mereka tidak mempunyai kemampuan dari segi pekerja atau wang, mereka yakin bahawa mereka boleh menjayakannya. Ini adalah semangat usahawan sebenar.
2.    Seorang usahawan sentiasa mengambil risiko yang boleh mereka tanggung.
Seorang usahawan tidak kisah jika mereka gagal tetapi mereka hanya ambil risiko yang boleh mereka tanggung. Ada di kalangan usahawan melakukan perkara yang lebih tinggi dari kemampuan mereka sendiri dan banyak dari mereka gagal tersungkur di sebabkan ketidakmampuan mereka menanggung risiko yang mereka wujudkan.
3.    Usahawan adalah seseorang yang terus terjun ke alam perniagaan tanpa mempunyai kemahiran atau modal dan akhirnya gagal.
Seorang usahawan mempunyai hati kering dan sentiasa positif di dalam hidupnya. Mereka selalunya gagal dalam beberapa kali percubaan pertama. Untuk belajar menjadi usahawan yang berjaya bukanlah melalui buku tetapi melalui pengalaman.
4.    Usahawan adalah seseorang yang membuka satu perniagan, kemudian perniagaan yang lain dan perniagaan yang lain.
Usahawan tidak terhad pada satu perniagaan sahaja, mereka akan sentiasa melihat peluang yang ada dan akan sentiasa menyambar peluang perniagaan yang mereka nampak.
Di sini, anda nilai sendiri adakah anda seorang usahawan. Seorang usahawan sentiasa memperbaiki dirinya sendiri walaupun seorang pengemis yang mengajar dia erti hidup.

Thursday, February 10, 2011

Bapa berhutang, anak tanggung akibat

Rabu, Februari 09, 2011

Padah hutang MARA

MOHD ASRAF menunjukkan surat daripada MARA  yang menolak  permohonan pinjaman pelajarannya.
MOHD ASRAF menunjukkan surat daripada MARA yang menolak permohonan pinjaman pelajarannya.

KOTA BHARU: Nasib seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) terumbang-ambing apabila tidak dapat meneruskan pengajian pada semester dua yang sepatutnya bermula 14 Januari lalu, apabila keputusan peperiksaannya digantung kerana bapanya pernah berhutang dengan MARA.

Mohd Asraf Samsudin, 22, tidak dibenar meneruskan pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Pembangunan walaupun memperoleh Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.45.
“Saya memulakan pengajian di kampus Kulim, Kedah dan UNIKL memberi jaminan mendapat kemudahan pinjaman MARA sebelum permohonan itu diluluskan.
“Sementara menunggu pinjaman MARA kira-kira RM40,000, saya mengikuti kelas di UNIKL seperti biasa bersama ratusan pelajar lain. Bagaimanapun, pada akhir semester pertama itu, saya menerima surat daripada UNIKL berhubung keputusan peperiksaan saya digantung.

“Saya dan pelajar lain yang turut menerima nasib sama, kini tidak tahu mahu mengadu kepada siapa walaupun sebelum ini sudah membuat rayuan kepada Biro Pengaduan Awam SUHAKAM, Kementerian Pengajian Tinggi bahagian swasta selain MARA,” katanya kepada Berita Harian di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, bapa Mohd Asraf, Samsudin Abdul Rahman berkata, MARA menemui anaknya Khamis ini bagi membincangkan masalah berkenaan.

Di KUALA LUMPUR: Pengarah Bahagian Hal Ehwal Korporat MARA, Hasni Suleiman, berdasarkan semakan, bapa Mohd Asraf disenaraihitamkan selaku peminjam pelajaran dan pembiayaan perniagaan.

Tips Penggunaan Kad Kredit Anda

“Pandai gunakan kad kredit?” Alangkah peliknya soalan ini – takkan saya tak tahu! Senang sahaja: Apabila membeli, berikan kad kredit kepada juruwang, kemudian letakkan tandatangan di resit yang diberikan (kadang-kadang saya tak perlu tandatangan pun, hanya lambai dan pergi!). Jika saya sentiasa bayarkan amaun minima bulanan, banyak pula dapati kredit percuma. Dan saya juga tak perlu risau jika perbelanjaan saya sudah sampai tahap maksima kad tersebut. Syarikat pengurusan kad kredit itu tentu akan menambahkan had kredit saya, dan syarikat-syarikat lain pula pasti akan menawarkan kad-kad yang lain sehingga saya pun tak terdaya untuk menggunakan semuanya!  
Sering dengar kata-kata begini? Sudah tentu. Ini perkara yang tidak menghairankan sebab inilah pendekatan yang diambil oleh berjuta-juta pengguna kad plastik ini, seolah-olah membeli barang merupakan kegiatan yang sungguh mudah. Awas! Pengurusan kewangan yang sebegini telah memudharatkan kebanyakan keluarga. Apatah lagi dengan kenaikan harga barang-barang yang tidak ditandingi dengan kenaikan pendapatan. Kebanyakan orang Malaysia terpaksa berbelanja lebih dari kemampuan masing-masing. Hutang kad kredit ini mungkin kelihatan seperti isu yang agak kecil tetapi ia boleh menimbulkan masalah yang jauh lebih besar.     
Fakta Kad Kredit
Pertama, marilah kita betul-betul memahami bagaimana kad plastik “ajaib” ini berfungsi. Kita diberi talian kredit, dengan had maksima yang boleh dicaj kepada kad – “had kredit”. Setiap kali kad ini dicaj melalui sebarang perbelanjaan (transaksi), kredit kita berkurangan. Penyata bulanan yang diterima memberi kita pilihan, samada untuk bayar baki sepenuhnya, atau hanya bayaran minima bulanan (tidak digalakkan). Apabila kita membayar bayaran bulanan kepada bank yang mengeluarkan kad, had kredit maksima dikembalikan. Walaubagaimanapun, pemegang-pemegang kad kredit seringkali hanya bayar jumlah faedah dan bayaran minima baki pokok yang terhutang, dan tidak akan bayar balik baki yang sepenuhnya.    
Perangkap Belanja
Bagaimana agaknya seseorang itu boleh “terperangkap”? Bagi orang-orang muda, penyakit berhutang ini mungkin bermula dengan cara yang tidak diduga. Di kolej pengajian tinggi, sebahagian besar dari mereka diberi kad plastik tersendiri oleh ibubapa sebagai pemegang kad tambahan. Amboi! Banyak pula barang-barang yang perlu dibeli (contohnya, kasut serta pakaian jenama, i-Pod, beg dan barang fesyen yang “cun” dan paling terkini) dan pesta hiburan atau aktiviti sosial yang penting untuk dihadhiri! Bukankah amat leceh dan menyusahkan untuk meminta ibubapa tersayang setiap kali duit tambahan diperlukan (bukankah membazir wang untuk bayar kos telefon lagi?). Jadi, cara yang termudah dan tercepat – Caj sajalah
Mungkinkah bidang pelajar menceburi dalam dunia berhutang ini sangat konfiden dan tiada ragu-ragu bahawa mereka akan bergaji tinggi tidak lama kelak – tentu hutang itu luput dalam jangkamasa yang singkat – hanya beberapa tahun selepas graduan. Malangnya, ramai graduan menghadapi bahawa realiti masa hadapan mereka jauh berbeza dari apa yang telah dijangkakan. Sekarang mereka sudah selesa dengan bilangan baki bulanan tersebut dan sedar bahawa mereka terperangkap: hutang yang terus meninggi tidak dapat ditandingi oleh  kenaikan pendapatan mereka yang ala kadar.
Bukan orang muda sahaja yang dapati diri mereka terperangkap di dalam situasi begini. Malah, orang-orang dewasa yang berfikiran cukup matang juga tergoda dengan kemudahan kredit ini. Para iklan memaparkan barang-barang baru dan canggih yang kononnya “ganjaran” bagi kita! Ya, amat sukar bagi kita menolak kemewahan hidup dengan barang-barang rekreasi, pakaian dan perkakas-perkakas termoden, yang sering ditawarkan. Dalam situasi lain pula, orang yang tiada pekerjaan juga boleh terbabas dalam hutang kredit kad – simpanan wang pun tiada, kredit kad pula dijadikan kemudahan untuk menyara keperluan seharian. Akan tetapi, apabila mereka mula bekerja semula, mereka sedari bahawa kad kredit mereka sudah mencapai had maksima; pembayaran balik pun menjadi satu bebanan yang besar.
Walaupun kita tidak mahu berfikiran negatif, kita tidak akan mencegah masalah kewangan jika kita selalu mengendahkan realiti sebenar. Kemerosotan ekonomi membuatkan ramai orang terdesak dan terjatuh dalam malapetaka kewangan. Hanya mereka yang telah membuat persediaan untuk menghadapi situasi yang kurang baik sebegini akan dapat bertahan di dalam suasana yang sukar. Apakah harus dibuat untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi sebahagian dari angka statistik yang menyedihkan? 
Cara Pembayaran Balik Hutang Kad Kredit
Jika anda hanya membayar jumlah faedah kad kredit setiap bulan dan ingin memberhentikan hutang sebegini, langkah pertama adalah untuk menganalisa pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda.  Jumlahkan perbelanjaan anda dan tolakkannya dari pendapatan. Inilah baki pendapatan yang boleh anda gunakan setiap bulan. 
Langkah kedua: Hentikan bertransaksi melalui caj kredit. Bekukan penggunaan kredit kad anda (ya, betul – letakkan semua kad-kad kredit ke dalam kotak ais krim, isikan dengan air dan simpankan kotak itu dalam pembeku di peti ais!). Bayarlah barang-barang yang perlu dibeli secara tunai. Kemudian senaraikan hutang kad-kad kredit yang masih ada. Kenalpastikan kad yang mengenakan caj kewangan yang paling tinggi.   Mungkin anda berpeluang untuk pindahkan baki dari kad berfaedah tinggi ke kad yang menawarkan kos yang lebih rendah (tentukan anda membaca semua info yang diberi supaya tidak dikenakan kos yang tersorok pula).
Seterusnya, susunkan kad-kad anda mengikut kadar caj kewangan, gunakan baki pendapatan untuk membayar balik kad yang paling mahal (kos tertinggi) tersebut. Setelah hutang kad termahal selesai, tutupkan akaun tersebut dan musnahkan kad itu. Kemudian ubahkan fokus anda ke kad yang seterusnya; teruskan langkah-langkah di atas sehingga kesemua hutang anda sudah habis. Sebaik sahaja hutang kad kredit anda luput, hanya simpan beberapa kad sahaja – hanya dua atau tiga untuk penggunaan yang boleh dikawal. 
Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Baik
Setelah menyelesaikan semua hutang kad kredit barulah anda boleh mempertimbangkan cara penggunaan kad-kad tersebut dengan betul. Kad kredit ini sebenarnya adalah alat pengurusan wang yang sungguh berkesan, jika digunakan dengan waras. Kita harus pandang kepada konsumer-konsumer yang berjaya menguruskan kewangan mereka dengan kad ini.   
Pendekatan terpenting dalam penggunaan kad kredit adalah tanggungjawab anda untuk membayar jumlah baki dalam penyata anda setiap bulan. Bayangkan kredit kad itu sebagai wang tunai yang disimpan setiap bulan bagi barang-barang yang dicaj. Dengan perumpamaan ini, anda tidak akan dikenakan kos; kad kredit anda pula akan menjadi kemudahan kewangan yang amat berguna bagi anda. Kad kita menjadi seolah-olah pekerja kita dan kita pula bukan lagi dihambakannya.
 
Kad kredit juga adalah satu-satunya sekuriti atau perlindungan tambahan dan kemudahan sewaktu membeli-belah dan berjalan, dengan syarat kita tidak menyalahgunakannya. Sebagai contoh, anda mempraktikkan bayaran hanya 5% atau RM50 minima setiap bulan, yang mana lebih tinggi. Bagi baki RM10,000 yang mengenakan caj kewangan sebanyak 18% setahun, anda akan mengambil masa 7 tahun dan 3 bulan untuk menyelesaikan seluruh baki hutang anda. Dan ini juga dengan anggapan bahawa anda tidak lagi menambahkan caj (ingat, kad anda dalam pembeku peti ais!). Bayangkan betapa lajunya hutang anda akan meningkatkan jika apa yang dipraktikkan ini melibati banyak kad kredit lain pada masa yang sama.
 
 
Petua-petua tambahan yang boleh membantu:
·         Ingat, kad kredit bukan wang percuma
·         Hanya simpan satu atau dua kad, jangan sehingga lapan atau sembilan
·         Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar – elakkan berberlanja melibihi pendapatan anda
·         Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran servis yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran sama sekali)
·         Bayar kesemua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar, bayar amaun lebih daripada amaun minima bulanan anda
·         Masih bermasalah? Tinggalkan kad anda di rumah atau bekukannnya di dalam peti ais!
 
 
Dan peringatan terakhir – gunakanlah kad kredit sebagai alat pembayaran dan bukan untuk kredit percuma. Jika anda tidak dapat menggunakannya dengan waras atau bertanggungjawab, mungkin lebih baik bagi anda untuk hentikan penggunnaannya sama sekali.
 
Sumber AKPK

Profil Hutang

Pada artikel yang lepas, kita telah berbincang mengenai 5 Prinsip Pinjaman. Marilah kita rumuskan apakah prinsip-prinsip tersebut sebelum kita teruskan perbincangan ini:
 
1.      Meminjam untuk sesuatu yang anda perlukan – bukan yang anda mahukan.
2.      Meminjam sejumlah duit di dalam kemampuan anda untuk membayar balik
3.      Elakkan daripada meminjam untuk membiayai aset yang susut nilai
4.      Elakkan Daripada Menjadi Penjamin
5.      Si Peminjam Mempunyai Komitmen Moral dan Mutlak Untuk Membayar Balik
 
Dalam artikel ini, kita akan berbincang mengenai 3 jenis hutang-hutang yang berbeza – agar kita dapat membuat perbandingan diantaranya sebelum “bekawan” dengannya.
 
Perbezaan diantara “Hutang Baik” dan “Hutang Tak Baik”?
 
Adakah jenis “Hutang Baik”? Ya, ada. Hutang ini membolehkan beban kewangan dijelaskan sepenuhnya. Meminjam untuk membeli rumah, pendidikan anak-anak, memajukan kemahiran dalam kerjaya, atau memulakan perniagaan sendiri akan membolehkan anda mendapat faedah kewangan jangka panjang.
 
 “Hutang Tak Baik” adalah bila anda meminjam untuk sesuatu yang tidak mendatangkan apa-apa feadah kewangan atau barangan tersebut mempunyai jangka hayat yang lebih singkat daripada jangkamasa pinjaman barangan itu sendiri. Ini termasuklah pinjaman untuk bercuti, membeli pakaian, perabut, barangan rumah atau pun makan luar.
Di dalam proses mengasingkan pekara-perkara negatif berkaitan hutang, kita seringkali beranggapan bahawa berhutang adalah suatu perkara yang tidak berfaedah dan tidak produktif. Semestinya ia tidak benar kerana hutang boleh digunakan secara produktif oleh individu, peniaga mahu pun badan-badan kebajikan.
Untuk lebih memahami, mari kita lihat takrifan hutang yang produktif dan tidak produktif:
·         Jika saya meminjam wang untuk beli satu pengalaman atau benda-benda yang tidak boleh saya bayar, dan menambah hutang dengan caj faedah tinggi, saya telah dibebani dengan hutang tidak produktif
 
·         Jika saya meminjam wang untuk memperolehi satu aliran pendapatan yang menyumbang kepada pembayaran balik hutang, seperti pembelian lot kedai untuk disewa (kepada penyewa yang baik, harapnya!), Saya telah menggunakan hutang secara produktif.
·         Jika saya meminjam wang menggunakan akaun margin untuk membuat spekulasi ke atas saham “panas” berdasarkan sembang-sembang/gossip, saya telah melibatkan diri dengan hutang yang tidak produktif dan berbahaya. Kesimpulannya, saya akan kehilangan wang (kebiasaanya) dan masih berhutang.
 
·         Jika saya meminjam wang untuk membeli rumah, dan bercadang tinggal di rumah tersebut untuk masadepan yang dijangka, sekurang-kurangnya saya mungkin dapat mencapai “pulang-modal” sepanjang masa melalui peningkatan nilai rumah saya. Dalam mana-mana kes, ia akan menyelamatkan saya dari perlu membayar sewa sekiranya tidak membeli rumah, dengan ini, saya telah berhutang secara produktif.
 
·         Jika saya meminjam wang untuk membeli sebuah kereta baru, dan berhutang lebih daripada 90% nilainya, saya akan terus menjadi tidak menentu dari segi penggunaan hutang jika kereta saya dicuri. Adakah anda sedar yang dalam kebanyakan kes, sebuah kereta susut nilai lebih kurang 1/5th dari nilainya sebaik sahaja bilik pameran ditinggalkan? Sebagai penanggung insurans, mereka hanya membayar nilai pasaran kereta anda pada masa kerugian, kekurangan terpaksa anda tanggung sendiri.
·         Jika saya meminjam wang untuk memulakan satu perniagaan sendiri, saya boleh menghapuskan bunga terhadap pendapatan perniagaan saya yang mana boleh memberikan saya penjimatan cukai. Saya boleh juga menggunakan sejumlah pinjaman bagi mengembangkan lagi perniagaan dan ini adalah merupakan hutang produktif.
Pinjaman boleh menjadi produktif, sebagai aktiviti yang menjana kekayaan, atau ia akan menjadi pengalaman sebagai “hamba kepada peminjam”. Bijak pandai menggunakan hutang sebagai alat untuk menjana kekayaan, mendapatkan pengecualian cukai atau membesarkan pengurusan hartabenda. Bagi mereka yang kurang arif, kebiasaannya mereka merasakan yang hutang adalah alat untuk mendapatkan sesuatu yang mereka tiada berupaya mendapatkan melalui tabungan atau kesabaran. 
Tidak semua hutang berbentuk tidak produktif. Keupayaan menguruskan kewangan secara berhemah membolehkan kita menjelaskan kadar bunga hutang dan juga membayar pokok nya sekali. Bila kita gunakan kaedah yang sama dalam perniagaan, hasilnya juga adalah sama. Aliran tunai yang dijana daripada hasil pinjaman mestilah mampu mengembangkan aliran pendapatan bagi membolehkan pembayaran balik tuntutan kredit dan pinjaman asal.
Bagaimana Dengan Hutang Jenis Ketiga?
 
Disebalik usaha-usaha terbaik yang dilaksanakan, anda masih lagi terjerumus dengan masalah hutang yang serius. Ini bukanlah jenis hutang yang anda ingin dapatkan tetapi keadaan tidak dapat dikawal. Ini masa nya yang teruk menjadi lebih teruk dan and terjebak. Tanda-tanda anda terjebak adalah seperti berikut:
 
 
·         Meminjam lagi untuk membayar pinjaman terdahulu
·         Pemiutang sering menggangu anda untuk mendapatkan bayaran
·         Membuat bayaran minima untuk kad kredit
·         Memaksimakan penggunaan kad kredit
·         Meminjam untuk membayar bil-bil biasa
·         Sukar mendapatkan pinjaman
·         Kawan-kawan dan saudara mara mula menjauhkan diri
·         Dan terakhir – simbahan cat merah di dinding rumah anda!
 
Bagaimanapun, anda belum terlambat dan tidak keseorangan. Bantuan ada berhampiran anda! Nasihat dari agensi kaunseling kredit boleh membantu anda bagi menyediakan pelan penyelesaian diantara anda dan kreditor anda bagi mengurangkan beban hutang anda. Apa yang perlu adalah kesungguhan dan displin diri untuk berubah bagi membolehkan anda menjalani kehidupan yang lebih berhemah.
 
Pedang Dua Mata
Hutang sememangnya seperti pedang dua mata. Sekiranya menggunakan secara bijak, maka anda dapat meningkatkan kekayaan dan memberikan faedah kewangan jangka panjang. Salah penggunaan, anda bukan saja terluka bahkan luka yang membawa maut! Oleh itu, sebelum anda mula “menghayunkan pedang” anda, pastikan anda tahu pergerakan yang sesuai serta mampu memikul tanggungjawab dari penggunaaannya.

Sumber AKPK

Prinsip pinjaman

“Nak pinjam ke tak nak pinjam…” itu biasanya bukan satu pilihan! Kebanyakan daripada kita akan perlu meminjam untuk membeli kereta pertama atau rumah pertama (malah untuk sebahagian daripada kita, untuk berkahwin!) Namun tidak ramai yang tahu prinsip asas meminjam. Sebelum kita berbincang mengenai meminjam, mula-mula mari kita memahami beberapa komponen utama suatu pinjaman.
 
Apakah Komponen Utama Pinjaman?
Semua pinjaman, sama ada pinjaman kereta, pinjaman rumah atau pinjaman peribadi, terdiri daripada tiga komponen utama: Kadar faedah, cagaran dan tempoh.
Kadar Faedah
Kadar faedah ialah caj yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kerana menggunakan duit mereka. Biasanya kadar faedah ditunjukkan dalam bentuk peratusan daripada jumlah pinjaman dalam setahun. Faedah yang dikenakan berdasarkan pengkompaunan (iaitu faedah-atas-faedah) dan ia boleh terdiri daripada pengkompaunan tahunan/ bulanan/ harian (satu lagi istilah yang digunakan ialah kiraan atas baki tahunan/bulanan/harian).
Terdapat dua jenis kadar faedah: tetap atau boleh ubah
Kadar tetap: tetap dan tidak berubah. Jika kadar faedah tetap anda ialah 6% setahun, ia akan kekal 6% setahun sepanjang tempoh pinjaman.
Kadar boleh ubah boleh bertukar mengikut masa dan biasanya ditetapkan pada kadar pasaran standard, seperti Kadar Pemberian Pinjaman Asas, BLR (BLR terkini = 6.75%). Sebagai contoh, anda mungkin mengambil pinjaman dengan kadar boleh ubah pada BLR + 1%. Ini bermakna, anda perlu membayar tambahan satu peratus kepada BLR atau berjumlah 7.75% setahun.
Cagaran
Semua pinjaman adalah sama ada bercagar atau tidak bercagar. Ini merujuk kepada sama ada pemberi pinjaman menghendaki anda mencagarkan aset, biasanya dirujuk sebagai cagaran, untuk menjamin pinjaman anda.
Jika anda mempunyai pinjaman bercagar, bermakna pemberi pinjaman anda boleh merampas aset jika anda mungkir menjelaskan hutang pinjaman. Oleh kerana terdapat cara alternatif pembayaran balik, faedah dalam pinjaman bercagar adalah lebih rendah berbanding dengan faedah pinjaman tidak bercagar.
Apabila anda membiayai pembelian kereta anda melalui pinjaman bank, anda sebenarnya adalah penyewa (bukan pemilik) kereta yang anda pandu sehingga anda selesai membayar sepenuhnya pinjaman anda! Begitulah juga dalam kes pinjaman rumah, bank akan memiliki 'tuntutan pemilikan' terhadap rumah tersebut sehingga anda selesai membayar sepenuhnya pinjaman rumah.
Dalam pinjaman tidak bercagar, tiada aset yang boleh dirampas oleh bank jika mungkir membayar balik pinjaman. Bersama dengan risiko ini, pinjaman tidak bercagar selalunya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi berbanding dengan pinjaman bercagar. Untuk mengurangkan risiko, institusi Pemberian Pinjaman kadang kala menghendaki orang ketiga menandatangani perjanjian bagi pinjaman tidak bercagar atau menjamin jumlah pinjaman.
Tempoh
Tempoh suatu pinjaman ialah jangka masa si peminjam perlu membayar balik pinjaman. Kebanyakan pinjaman peribadi/kereta mempunyai tempoh 3 ke 9 tahun, manakala tempoh pinjaman rumah adalah jauh lebih lama dan biasanya boleh mencapai sehingga 30 tahun! Tempoh adalah jangka masa maksimum untuk si peminjam membayar balik pinjaman mereka; pinjaman boleh dijelaskan sebelum tempoh tamat (tetapi mungkin denda akan dikenakan untuk penyelesaian awal!)
Apakah Prinsip Asas Meminjam?
Setelah memahami komponen-komponen pinjaman, kita sekarang sudah bersedia untuk mempelajari beberapa prinsip asas meminjam.
Prinsip 1: Meminjam untuk sesuatu yang anda perlukan – bukan yang anda mahukan.
Sebelum ini, kita sudah membincangkan tentang perbezaan antara Keperluan dan Kehendak, malah dalam situasi meminjam, perbezaan ini amatlah penting untuk kita fahami. Anda hanya perlu meminjam untuk suatu yang anda benar-benar perlu tetapi tidak mempunyai duit tunai untuk membayarnya. Sebagai contoh, untuk membeli rumah kita, untuk membiayai pendidikan lanjutan anak-anak kita dan untuk membeli sebuah kereta (kita akan bincangkan hal ini kemudian).

Prinsip 2:Meminjam sejumlah duit di dalam kemampuan anda untuk membayar balik.
Ini mungkin logik tetapi malangnya, ia bukan amalan biasa. Ramai orang terlebih memberi komitmen dalam hutang kerana menyangka bahawa ekonomi akan terus berkembang dan situasi yang baik akan terus kekal. Tidak perlu dikatakan, bila tiba masanya, mereka ini akan menghadapi kesukaran untuk membuat bayaran balik dan perampasan kereta dan harta mula dikuatkuasakan. Sebagai contoh, krisis pinjaman terkini di Amerika Syarikat.
Adalah disarankan bahawa seseorang patut menghadkan jumlah bayaran balik pinjaman kepada, kurang daripada 1/3 pendapatan kasarnya.
Prinsip 3: Elakkan daripada meminjam untuk membiayai aset yang susut nilai
Ini mungkin akan menyinggung sesetengah orang tetapi ia adalah prinsip yang baik untuk diikuti. Aset yang susut nilai adalah harta yang hilang nilainya mengikut masa, seperti kereta (melainkan anda “melabur” dalam kereta klasik), perabot dan kebanyakan barang dan peralatan rumah. Tidak memerlukan seorang profesor ekonomi untuk memberitahu anda bahawa meminjam dengan bunga yang agak tinggi (mungkin setinggi 20% setahun untuk sesetengah barang!) untuk membeli “aset-aset” ini, tidak ekonomik langsung. Barangan ini akan susut nilai dengan cepat sementara pinjaman anda berkurangan dengan agak lambat. Dalam situasi di mana anda tidak dapat menjelaskan hutang, barangan tersebut akan dirampas dan anda mesti menambah nilai yang kurang kerana aset susut nilai anda tidak cukup untuk menjelaskan baki pinjaman.
Cuba membeli barang-barang ini secara tunai dari simpanan anda daripada meminjam. Jika tidak, jangan beli (melainkan ia akan menguntungkan perniagaan anda!)
Prinsip 4: Elakkan Daripada Menjadi Penjamin
Seorang penjamin bertanggungjawab menjelaskan pinjaman dalam hal si peminjam mungkir membayar balik pinjaman atas apa saja alasan. Melainkan seorang itu bersedia untuk menunaikan tanggungjawab ini, seorang patut elak daripada menjadi penjamin.
Prinsip 5: Si Peminjam Mempunyai Komitmen Moral dan Mutlak Untuk Membayar Balik

Pernahkah anda bertemu dengan seseorang yang telah meminjam daripada anda tetapi masih belum membayar balik? Bagaimana anda rasa? Kecewa? Ditipu? Dikhianati? Ya, ia memang bukan satu perasaan yang baik dan anda tidak patut memberi sebarang alasan untuk tidak membayar balik hutang apabila anda telah berjanji untuk melakukannya.
Jika anda menghadapi kesukaran untuk membayar balik, berbincanglah dengan si pemberi pinjaman agar dapat membuat pelan bayaran balik yang munasabah tetapi jangan sesekali diam atau lari. Jika tidak, jangan pinjam!
Kesimpulan
Jika anda perlu pinjam, pinjamlah! Walaubagaimanapun, pastikan anda sudah jelas memahami prinsip-prinsip meminjam sebelum memberi komitmen padanya. Setelah anda meminjam, hakikatnya anda telah membuat komitmen untuk membayar balik dan pastikan diri anda, sebagai seorang yang bertanggungjawab, menunaikan komitmen tersebut pada setiap masa.

Sumber AKPK